web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 5:26PM

Sabri Yunus (kanan) melangsungkan pernikahan dengan Ardini Angeline Tan selepas 16 tahun menduda - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pernikahan aktor Sabri Yunus Bersama pasangannya, Ardini Angeline Tan sah mengikut syarak, kerana memenuhi semua rukun dan syarat wajib yang digariskan oleh agama.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, akad nikah dianggap sah apabila segala rukun disenaraikan dipatuhi, termasuk adanya ijab dan kabul.

“Yang penting adalah cukup rukun dan adanya ijab dan kabul. Ijab dan Kabul maksudnya adanya kita memberikan satu tawaran perkahwinan dan satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan itu.

“Dan itulah, tak adalah dalam agama ni kata kena satu nafas, kena hafal balik perkataan orang yang mengakad tu lafazkan. Bila dia sebut aku menerima seperti yang disebutkan, telah ada ijab dan kabul,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

@malaysiatribune Replying to @norliamns #angelinatan #sabriyunus #malaysiatribune #fypシ #drmaza ♬ original sound - malaysia tribune

Mohd Asri menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan seorang pendakwah Indonesia, Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari, kononnya pernikahan Sabri tidak sah kerana gagal memenuhi lafaz ijab dan kabul yang sepatutnya.

Nuruddin turut menggesa pihak yang bertanggungjawab menikahkan pasangan terbabit mengarahkan agar pasangan berkenaan bernikah semula, bagi mengelakkan berlakunya dosa zina.

@abuzurah107♬ original sound - abuZurah

Menjawab dakwaan berkenaan, Mohd Asri memberitahu, upacara akad nikah tidak seharusnya dirumitkan dengan pelbagai perkara tambahan hingga mendatangkan kesukaran kepada kedua mempelai.

“Yang penting ialah kena ada perkataan bernikah, dengan siapa dinikahkan dan pihak yang satu lagi juga menerima, dan ada dua orang saksi. Jelas ungkapannya itu. Mazhab Syafie nak ada perkataan aku nikahkah atau aku kahwinkan, tapi Mazhab Malik dan sebagainya lebih luas dalam pemilihan perkataan itu. Tapi tak apa, kita buat aku  nikah akan dikau dengan fulan, orang sekian-sekian dengan mas kahwin sekian-sekian, cukup.

“Dia taklah perlu aku terima nikahnya dengan (nama pasangan). Aku terima nikahnya seperti dinyatakan, sudah tertunai (ijab dan kabul),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pendapat senada disuarakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle yang secara kebetulan, turut menghadiri majlis pernikahan pasangan pelakon berkenaan.

Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle - gambar Facebook
Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle - gambar Facebook

“Saya telah melihat video berkenaan dan melihat ada isu dibangkitkan beliau (Sheikh Nuruddin). Pertama, mengenai kelewatan ketika proses ijab dan kabul.

“Yang kedua dan yang kedua, apabila disebut dalam kabul, ‘saya terima apa yang disebut’. Yang menjadi pertikaian ialah apabila dia mengatakan tidak sah sebab tak sebut terima apa,” katanya menerusi satu video di TikTok.

@i.t.t.i.b.a.s.u.n.n.a.h Respon Prof Dr Rozaimi ke atas reaksi Nuruddin Banjari. #kembalikepadasunnah #drrozaimiramlee #sabriyunus #angelinetan #ardini ♬ original sound - ?? '??? ??? ?????

Jelas Rozaimi, beliau berada di sebelah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika pernikahan tersebut berlangsung.

“Saya berada di sebelah Mufti Perlis ketika itu dan tak ada kelewatan pada ijab dan kabul. Okay saja,” katanya.

Tegas Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) itu, majoriti fuqaha memutuskan ijab dan kabul sah memadai jika pengantin lelaki telah menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran bernikah berkenaan.

“Saya nak sebut di sini, yang kita nak keras sangat di sini pasaipa (pasal apa)? Yang kita nak paksa orang ikut pandangan yang kita pegang sedangkan kita ni bukanlah waliyul amri.

“Saya tak ada masalah orang nak pegang dengan pendapat Mazhab Syafie, tapi yang dia nak komen isu mengenai negeri orang ni pasaipa? Di Perlis kami menggunakan mazhab majoriti ulama,” katanya.

Sementara itu, perkongsian oleh pendakwa bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pula menyebut, perkataan ‘setuju’ sudah memadai untuk menjawab lafaz akad nikah.

“Jawapan akad nikah yang paling senang, ‘setuju’. Ada dalam kitab fikah bab nikah.

“Pandangan ulama fikah, lafaz yang sempurna ialah ‘aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin yang telah disebut’, atau ‘aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu’, itu paling sempurna,” katanya.

@hana.dfashion lafaz akad nikah Yang paling senang. #ustazazharidrus #soaljawabagama #dakwah_islam #belajaragamaislam #nasihatkehidupan #semogabermanfaat #ilmuagama #fypシ #akadnikah ♬ original sound - H A N A

Bagaimanapun jelas UAI, perkara terbabit telah dibahaskan secara Panjang lebar dalam pelbagai kitab utama fikah.

“Sah ijab kabul bila pengantin lelaki menjawab ‘setuju’, ‘aku terima’, (atau) ‘ya’,” katanya. – Getaran, 16 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Memang Kami Bersyukur' - Sabri Yunus, Ardini Gembira Terima Tajaan Umrah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Adik Beradik Antara 155 Pasangan Nikah Pada Hari Malaysia

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad