web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rafizi Rancang Strategi Bantu Peniaga, Pengusaha Restoran Tangani Kenaikan Kos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 7:08PM

Kerajaan sedang memperhalusi beberapa langkah untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan kos ditanggung mereka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, kerajaan sedang memperhalusi beberapa langkah untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan kos ditanggung mereka.

Beliau berkata, ia disebabkan pihaknya sedia maklum berhubung beberapa cabaran dialami pengusaha restoran yang berdepan kenaikan kos susulan, seperti membabitkan pekerja akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Katanya, ia termasuk potensi menyebarluas model tenaga kerja sambilan (gig workforce) dalam sektor restoran dan kedai makan (F&B).

“Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja, dengan tuntutan sektor ekonomi yang menjadi sebahagian daripada inisiatif menyeluruh menstrukturkan kembali ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, beliau akan bertemu dengan wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan dalam masa terdekat.

Katanya, pertemuan itu adalah bagi membincangkan secara dua hala langkah boleh diambil bersama antara kerajaan dengan pengusaha restoran dan peniaga makanan.

Pada masa sama, beliau berkata, kementeriannya sedang melaksanakan usaha meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu mereka, membeli dari kedai yang menjual pada kadar lebih seiring dengan harga purata setempat.

Mengulas lanjut, Rafizi memaklumkan, beliau menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan perlu dimainkan kerajaan, peniaga serta pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan dan minuman, seperti dinyatakannya ketika program Dialog Tiga Penjuru AWANI semalam.

Menurutnya, seperti perangkaan inflasi diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, walaupun inflasi bagi Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus, berbanding 4.0 peratus dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran dan hotel adalah satu-satunya masih belum mereda.

Kategori harga itu, tegasnya, menyaksikan kenaikan 7.4 peratus pada Disember tahun lalu, berbanding 7.0 peratus bulan sebelumnya.

“Pandangan Datuk Jawahar adalah selari dengan pandangan kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman dibeli, selain bijak memilih kedai serta restoran yang menawarkan harga lebih baik, berbanding pesaing.

“Usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad