web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KTMB Sedia Perkhidmatan Tren Komuter 24 Jam Sempena Thaipusam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 7:56AM

KTMB menganggarkan seramai 182,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan komuter sepanjang tempoh tersebut dengan jumlah penumpang dijangka meningkat pada hari kemuncak, 5 Februari (Ahad) - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan KTM komuter tambahan tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula 4 Februari depan sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Kawalan Operasi KTMB Afzar Zakariya berkata operasi KTM komuter tanpa henti itu melibatkan laluan Batu Caves- Sungai Gadut- Batu Caves dan Pelabuhan Klang-Batu Caves-Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan setiap satu jam.

“Perkhidmatan KTM Komuter tambahan ini akan bermula seawal 10 malam pada 4 Februari dari stesen Sungai Gadut ke stesen Batu Caves manakala tren tambahan pertama dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves akan bermula seawal 11.43 malam pada hari yang sama.

“Sebanyak 24 stesen akan beropeasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut antaranya Seremban, Nilai, Kajang dan Klang. Bagaimanapun, tiada perkhidmatan tren tambahan ke dan dari laluan stesen Tanjung Malim-Batu Caves -Tanjung Malim,” katanya pada sidang media Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2023 di sini.

Afzar berkata pihaknya menganggarkan seramai 182,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan komuter sepanjang tempoh tersebut dengan jumlah penumpang dijangka meningkat pada hari kemuncak, 5 Februari (Ahad).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya membuat persediaan awal dengan mendapatkan kad Komuter Link lebih awal dari tarikh perjalanan atau menggunakan kad Touch ‘n Go dengan baki mencukupi bagi memastikan kelancaran perjalanan dan mengurangkan kesesakan di stesen.

“Pihak KTMB juga ingin mengingatkan semua pengguna yang bakal mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves diwajibkan memakai pelitup muka semasa berada di dalam tren seperti mana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada masa ini,” katanya.

Para pengguna dinasihat mendapatkan informasi jadual tren tambahan ini di media sosial rasmi KTMB, laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my, dan juga melalui aplikasi MyRailtime KTMB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja