web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 8:39PM

gambar FB KTMB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengeluarkan notis larangan membawa basikal di dalam semua perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan tren antara bandar.

Notis makluman itu dimuat naik di semua akaun media sosial syarikat pengangkutan terbabit hari ini.

"Semua jenis basikal adalah tidak dibenarkan dibawa di dalam tren ETS dan semua perkhidmatan KTM intercity.

"Fasiliti dan kapasiti tempat duduk hanya untuk penumpang dan bagasi sahaja," menurut notis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan berhubung larangan terbabit.

Terdahulu, portal paultan.org memetik hantaran oleh amoithekampunggirl yang memperincikan kumpulan berbasikalnya yang diarah keluar dari perkhidmatan tren antara bandar pada 29 Mac lalu.

Dalam satu hantaran di blog, amoithekampunggirl memaklumkan bahawa kumpulan berbasikalnya menyedari mengenai larangan terbabit dan sudah memastikan ia dipek dalam bentuk bagasi berukuran 65 x 25 x 65 sentimeter.

Namun, kakitangan KTMB yang membuat pemeriksaan di koc tidak membenarkan mereka membawa bagasi terbabit.

Ketika berada di Stesen Gemas, penyelia stesen diiringi yang diiringi polis bantuan KTMB menaiki tren berkenaan, sebelum mengarahkan mereka mengeluarkan basikal terbabit atau terpaksa mengarahkan mereka keluar dari koc itu.

Kumpulan terbabit kemudiannya terpaksa menggunakan jalan darat, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Sementara itu, KTMB dalam notis yang dimuatnaik di media sosial mereka memaklumkan bahawa basikal hanya boleh dibawa di dalam perkhidmatan komuter bagi laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim /Batu Caves ke Tampin/Pulau Sebang mengikut hari dan waktu yang ditetapkan. - Getaran, 2 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

4

2 tahun yang lalu

Kren Tumbang: Kerja Pemulihan Giat Dilaksanakan Di Landasan Stesen Rawang - KTMB

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad