web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 8:53AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perniagaan mata wang asing dan platform beli-belah dalam talian dikenal pasti antara faktor utama bertambahnya jumlah jutawan muda di negara ini.

Ia susulan laporan bahawa 35 individu berusia bawah 30 tahun yang mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta pada 2022 dan ia dianggap satu perkembangan positif yang baik untuk negara.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai ketika dihubungi The Vibes berkata, data itu mampu menarik minat golongan muda untuk terus merebut peluang, namun menekankan mengenai kepentingan untuk 'mengawal diri'.

"Saya pernah dimaklumkan mengenai insiden anak kawan saya membelanjakan lebih RM1 juta untuk membiayai kos membawa seluruh ahli keluarganya bercuti ke Eropah selama sebulan.

"Beliau tahu cara untuk mendapatkan wang tetapi akhirnya dia menghabiskan RM1 juta dalam masa sebulan.

"Oleh itu, saya berharap golongan muda perlu tahu hadnya dan bijak ketika berbelanja," katanya.

Malah, beliau mengakui tidak terkejut golongan muda bergelar jutawan kerana perubahan kaedah perniagaan daripada tradisional kepada moden.

"Golongan muda lebih berani dan sanggup mencuba benda baharu. Malah, terdapat ramai jutawan muda di bawah usia 30 tahun di seluruh dunia dan kebanyakannnya terbabit perniagaan mata wang terutamanya mata wang kripto.

"Minat yang sama turut ditunjukkan di Malaysia. Ramai yang menyertai perniagaan mata wang secara dalam talian dan ada antara mereka yang gagal atau masih belum bergelar jutawan, tetapi memperoleh pendapatan ratusan ribu ringgit setiap bulan," kata Barjoyai.

Justeru, beliau berkata, ia juga satu petanda bahawa ekonomi negara mampu berkembang ke arah yang positif pada masa hadapan.

"Kita perlu memberi galakan kepada golongan muda ini untuk menjana pendapatan mereka sendiri dan pada masa sama kita perlu mendidik mereka cara untuk berbelanja dengan bijak.

"Mereka tidak perlu menghabiskan RM1 juta sebulan walaupun mampu mendapatkan jumlah yang sama bulan depan," katanya.

Sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan 35 individu berumur bawah 30 tahun mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta sebulan pada 2022.

Menurut LHDN, jumlah itu menunjukkan peningkatan sejak 2018 apabila sekurang-kurangnya 20 individu mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM1 juta sebulan.

Sementara itu, Pengarah Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, perniagaan menerusi platform dalam talian adalah penyumbang utama fenomena berkenaan.

Katanya, perniagaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) turut membantu kejayaan golongan muda.

"Dunia berubah dengan pantas. Teknologi berkembang setiap hari. Digitalisasi sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Internet kini ada di semua tempat dan 99 peratus daripada kita menggunakan telefon pintar.

"Golongan muda sangat bijak menggunakan teknologi dan kreativiti mereka sangat mengagumkan.

"Justeru, mereka tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi bagi menjana pendapatan. Mereka dapat wang menerusi F&B, perniagaan dalam talian, perniagaan mata wang dan pelbagai lagi," kata Dr Ahmed.

Namun, katanya, walaupun ia baik untuk pertumbuhan ekonomi negara, golongan muda perlu bijak ketika membelanjakan pendapatan yang mereka peroleh. - The Vibes, 1 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 5 tahun yang lalu

KPDNHEP Cadang Lesen Khas Perniagaan Dalam Talian

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad