web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDNHEP Cadang Lesen Khas Perniagaan Dalam Talian

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 2:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipuan jual beli di platform tersebut.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata menerusi lesen tersebut, peniaga akan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi, manakala pengguna dapat melakukan pembelian dalam talian tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga.

Katanya, pelaksanaan lesen khas itu akan dikuatkuasakan selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Lesen khas perniagaan dalam talian ini antara langkah efektif untuk memerangi masalah scammer dan kami akan berusaha menguatkuasakan lesen ini dengan segera,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021, di sini hari ini.

Berdasarkan rekod kementerian, katanya, jumlah aduan mengenai transaksi dalam talian pada tahun lepas menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 11,510 aduan berbanding 5,414 pada 2019, di mana 7,797 daripada aduan tersebut adalah kerana tidak menerima barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Rosol berkata risiko penipuan transaksi dalam talian itu boleh dielakkan dengan membuat semakan nombor akaun bank peniaga sebelum melakukan pemindahan wang.

Sebagai contoh, katanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kemudahan laman web dan aplikasi dikenali sebagai ‘Semak Mule CCID’ untuk pengguna membuat semakan awal seperti akaun bank atau nombor telefon peniaga sebelum pemindahan wang dilakukan.

Dalam pada itu, Rosol berkata Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Kebangsaan juga sedang membangunkan aplikasi mudah alih yang diberi nama ‘idenfic’ bagi membolehkan pengguna mengenal pasti serta melaporkan akaun penipu atau scammer melalui beberapa langkah mudah.

“Aplikasi ini akan merekodkan laporan pengguna terhadap akaun bank scammer, supaya pengguna lain boleh dimaklumkan tentang kes tersebut dan mengelakkan daripada turut ditipu melalui akaun yang sama.

“Dalam masa sama, aplikasi ini juga dikatakan boleh mengesahkan penjual yang sahih, boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik sekali gus meningkatkan keyakinan bakal pembeli,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

3

Politik 3 tahun yang lalu

Akaun BERSATU Dibeku: ‘Itu Hanya Alasan Mahu Tekan, Burukkan Parti’ - Rosol

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang