web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kren Tumbang: Kerja Pemulihan Giat Dilaksanakan Di Landasan Stesen Rawang - KTMB

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 1:22PM

Kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang susulan insiden kren tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG - Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas.

“Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan kos untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini. 

Mohd Rani berkata, kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilometer (KM) 355.749 di antara Rawang dengan Kuang, menyebabkan alat talian atas terputus.

“Kren binaan itu mendap di kawasan pembinaan dan menjadi condong ke arah landasan menyebabkan bahagian atas kren telah beralih lalu mengakibatkan sebahagian struktur bahagian kren itu bersama-sama kabel dan komponen patah dan jatuh pada alat talian atas dan landasan kereta api,” katanya.

Mohd Rani berkata, tiada sebarang kecederaan terhadap penumpang dan kakitangan akibat kejadian itu, namun ia menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang bagi laluan KL Sentral – Tanjung Malim – KL Sentral serta tren kargo terganggu dan mengalami kelewatan melebihi dua jam daripada jadual asal.

“Jumlah penumpang yang terjejas semalam adalah sebanyak 10,000 orang meliputi 7,000 penumpang komuter dan 3,000 penumpang ETS.

“Oleh itu, sehingga operasi tren kembali pulih, KTMB menjangkakan 20,000 penumpang komuter dan 10,000 penumpang ETS akan terjejas melibatkan 32 perkhidmatan ETS dan 46 perkhidmatan komuter bagi sektor Tanjung Malim - Pelabuhan Klang – Tanjung Malim,“ katanya.

Mohd Rani berkata, sebagai langkah awal, KTMB telah membuat isolasi terhadap bekalan elektrik pada laluan yang terjejas bagi memastikan kawasan insiden selamat untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

KTMB juga menyediakan 24 bas perantara kepada para penumpang terjejas untuk membawa mereka ke stesen berdekatan bagi meneruskan perjalanan.

“Buat masa ini, perkhidmatan ETS laluan Padang Besar – Gemas, tren ditamatkan di Stesen Tanjung Malim, (dari stesen itu) penumpang akan dibawa menaiki bas perantara yang disediakan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh bagi (membolehkan penumpang) meneruskan perjalanan ke KL Sentral dan Gemas.

“Bagi laluan Gemas – KL Sentral – Butterworth dan Gemas – KL Sentral - Padang Besar pula, penumpang diaturkan menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh dan seterusnya dibawa menaiki bas ke Stesen Tanjung Malim untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, dengan menaiki tren ETS di laluan yang tidak terjejas,” katanya.

Mohd Rani berkata, untuk penumpang yang berhasrat tidak meneruskan perjalanan, mereka boleh mendapatkan pemulangan segera tambang melalui KTMB Wallet, namun perlu berhubung dengan kakitangan syarikat itu di stesen melalui Pusat Panggilan KTMB (03-22671100) atau melayari laman sosial media KTMB. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh