web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Luxembourg Benar Permohonan Malaysia Ketepi Perintah Penahanan 'Waris' Kumpulan Sulu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 10:01PM

Azalina Othman Said - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu pada Selasa lepas (24 Jan), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, perintah penahanan pada 11 Julai 2022 yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua award timbang tara dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak USD14.92 bilion (RM63.34 bilion).

“Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan itu yang telah dirancang oleh penuntut.

“Malaysia telah mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Dr Stampa dan award yang dikatakan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Azalina berkata hasil tindakan Malaysia, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan beliau di Madrid.

Mahkamah Perancis juga telah menggantung penguatkuasaan ‘final award’ yang dikatakan dikeluarkan oleh Dr Stampa di Perancis sementara menunggu keputusan Mahkamah bagi permohonan Malaysia untuk mengetepikan ‘final award’ tersebut.

“Malaysia kemudian dengan serta-merta membuat permohonan kepada Mahkamah Luxembourg untuk mendapatkan relif interim supaya perintah penahanan tersebut diketepikan.

“Pendengaran bagi permohonan tersebut telah berlangsung pada 5 Dis 2022 di hadapan hakim Mahkamah Luxembourg yang kemudiannya telah mengetepikan perintah penahanan tersebut,” katanya.

Azalina berkata keputusan Mahkamah Luxembourg tersebut menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.

Beliau berkata dalam hal ini, kerajaan akan terus berusaha untuk menamatkan segala tuntutan terhadap Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RCI Batu Puteh Untuk Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Sulu: Harap Stampa Terima Hukuman Setimpal - Azalina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam