web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MB Perak Dikesan Kontak Rapat Kes COVID-19, Diarah Kuarantin 14 Hari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 8:04AM

Datuk Saarani Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19.

Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Sham Mat Sahat berkata beliau menerima maklumat bahawa Saarani diminta untuk menjalani kuarantin bermula hari ini sehingga 11 Mei, selepas menjadi kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri satu program di Lenggong.

“Pada pukul 5.00 petang beliau (Saarani) memberitahu tidak dapat hadir Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 2021 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini. Beliau juga meminta saya mewakilkannya untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Batu Kurau pada Jumaat ini disebabkan dia kena kuarantin.

“Bagaimanapun saya tidak dapat lagi maklumat penuh dan tidak dapat memaklumkan lebih lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis yang turut dihadiri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Beliau berkata Saarani diminta menjalani kuarantin selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak pagi semalam, disusuli sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ditanya mengenai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun yang dikatakan turut menjadi kontak rapat kes berkenaan dan diarah menjalani kuarantin bagi tempoh sama, Sham berkata beliau tidak memperoleh maklumat mengenai perkara itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad