web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKPB Di Kampung Baru Pasir Putih, Tawau, Tidak Akan Dilanjutkan Lagi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 11:52PM

PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Tawau ditamatkan hari ini.- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru Pasir Putih, Tawau  tidak akan dilanjutkan seperti diumum semalam dan ditamatkan hari ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun. 

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri mengenai COVID-19 berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko terkini daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"KKM telah melakukan 847 ujian saringan COVID-19 di Kampung Baru Pasir Putih, daripada jumlah itu 23 orang penduduk didapati positif manakala 824 adalah negatif dan semua keputusan ujian saringan telah diketahui. 

Namun dalam masa yang sama kerajaan negeri telah mengarahkan Pusat Kawalan Operasi  Bencana Daerah Tawau untuk terus memantau keadaan di lokaliti tersebut bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dengan sebaiknya," katanya menerusi satu kenyataan di sini malam ini. 

Kampung berkenaan dikenakan PKPD bermula pada 1 April hingga 14 April kemudian disambung sehingga hari ini dan semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD di lokaliti itu dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei depan.

Sementara itu Masidi berkata satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Madai melibatkan 18 kes positif COVID-19 di Kunak dan 12 kes di Lahad Datu. 

Beliau berkata 87 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Sabah hari ini dan 189 pesakit sembuh serta dibenarkan keluar daripada hospital. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar