web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pitas, Kota Marudu Daerah Terbaharu Dilanda Banjir Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 10:15AM

Sejumlah 87 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di dua PPS di daerah Paitan, menjadikan mangsa banjir di Sabah pagi ini meningkat kepada 166 orang daripada 41 keluarga. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pitas dan Kota Marudu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 79 mangsa daripada 21 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, manakala operasi menyelamat mangsa masih dijalankan di Kota Marudu, sehingga pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 87 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di dua PPS di daerah Paitan, menjadikan mangsa banjir di Sabah pagi ini meningkat kepada 166 orang daripada 41 keluarga, berbanding 65 orang daripada 16 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan itu, dua PPS dalam daerah Paitan iaitu Dewan Kampung Kubambangan menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga manakala 49 mangsa daripada 10 keluarga berada di Dewan Kampung Batangon Darat.

Tiga PPS di Pitas iaitu Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu menempatkan 18 mangsa daripada enam keluarga, Surau Kampung Sibuang menjadi tempat berlindung buat 38 mangsa daripada sembilan keluarga dan Dewan Kampung Kusilad pula menempatkan 23 mangsa daripada enam keluarga.

“Bencana banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan bermula pagi semalam. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dijangka meningkat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kota Marudu Alexander Yong berkata Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah telah dibuka berkuat kuasa pukul 3 pagi hari ini, manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) digerakkan untuk beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam (Banjir) Kota Marudu itu berkata Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga telah diarahkan untuk melaksanakan operasi penyelamatan di lapangan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca bagi negeri Sabah hari ini diramalkan hujan di beberapa tempat melibatkan kawasan Pantai Barat, Sandakan dan Kudat, serta hujan di satu dua tempat di pedalaman dan Tawau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 3 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 5 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 6 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad