web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19, Pengamal Media Sambut Baik Pengumuman Kerajaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 6:20PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengamal media menyambut baik keputusan kerajaan yang telah bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19 mulai Mei ini.

Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Farah Marshita Abdul Patah berkata, keputusan itu amat ditunggu-tunggu dan dianggap sebagai satu berita baik yang sekian lama dinantikan.

“Sejak dari awal lagi, kami sebagai pengamal media memang berharap agar kami diberi keutamaan memandangkan kami antara individu yang terdedah dengan virus berkenaan.

“Dengan keputusan ini, ia sekaligus membolehkan kami melakukan kerja dengan tenang ketika berada di lapangan,” katanya kepada Getaran.

Farah menarik perhatian, seramai 1,500 pengamal media yang bakal menerima vaksin tersebut, bukan hanya ahli NUJ serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah sahaja, tetapi turut mencakupi portal media berdaftar.

“Untuk makluman, jumlah 1,500 pegamal media itu juga termasuk portal serta media rasmi dan tidak rasmi yang lain. Antaranya portal berita Getaran, Free Malaysia Today FMT, Malaysia Kini, dan beberapa lagi portal lain.

“Tetapi keutamaan akan diberikan kepada wartawan serta jurugambar yang kerap turun padang melakukan tugasan.

Jelasnya lagi, bagi kakitangan yang tidak tersenarai, pemberian vaksin adalah bergantung kepada syarikat itu sendiri.

Terbaru,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan, pihaknya sudah menerima senarai nama pengamal media berkenaan bagi agihan vaksin itu.

“Saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sudah menerima senarai nama berkenaan.

“Sukacita saya dan Dr Adham mengumumkan bahawa kita akan mula pemberian vaksin kepada petugas media mulai bulan Mei,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan PICK, di Putrajaya siang tadi.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19 namun, ia tertakluk kepada bekalan vaksin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini juga dilaporkan turut memohon supaya pengamal media diberi keutamaan bagi fasa dua PICK. - Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad