Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘Apa Istimewa Agensi Singapura, Adakah Pakar Perancangan Bandar Tempatan Sudah Pupus? - Faiz

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 6:16PM

Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, usaha diumumkan Nga Kor Ming itu juga dibimbangi ‘membenarkan’ penglibatan HDB bukan sahaja meliputi soal perancangan perumahan, malah diberi akses kepada maklumat sensitif kerajaan negara ini berkaitan demografi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membawa masuk pakar dari agensi Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi perancangan perumahan di negara ini, mencetuskan persoalan kerana ia dianggap pencabulan jelas ke atas kedaulatan dan Keselamatan Malaysia.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, usaha diumumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu juga dibimbangi ‘membenarkan’ penglibatan HDB bukan sahaja meliputi soal perancangan perumahan, malah diberi akses kepada maklumat sensitif kerajaan negara ini berkaitan demografi.

Malah, beliau mempersoalkan sama ada keputusan pemimpin dari DAP itu menunjukkan pakar perancangan bandar tempatan sudah pupus atau terdapat udang di sebalik batu.

“Bagi sebuah negara merdeka, soal kedaulatan dan keselamatan negara tidak harus dikompromikan walau dengan apa jua alasan, lebih-lebih lagi jika alasan diberikan langsung tak masuk akal serta dilihat sebagai usaha memperbodohkan rakyat.

“Soalnya apa istimewa HDB Singapura hingga Menteri DAP KPKT beria benar nak bawa masuk ke Malaysia? Dah pupus ke pakar perancangan bandar tempatan? Atau ada udang di sebalik batu untuk menyusun struktur penduduk dan pemilikan hartanah negara kita menjadi seperti Singapura? Nampaknya tembelang dan kiblat sebenar DAP dah mula keluar.

“Apakah tindak-tanduk Menteri DAP KPKT ini mendapat restu Anwar Ibrahim? Atau adakah Anwar gagal memantau isu sensitif begini?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Kor Ming dilapor mengumumkan kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.

Jelasnya, langkah itu adalah antara komitmen kementerian berkenaan untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan mempelajari dari negara lain.

Terdahulu, Kor Ming dilapor mengumumkan kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara - Gambar Hiasan
Terdahulu, Kor Ming dilapor mengumumkan kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara - Gambar Hiasan

Malah menerusi kenyataan hari ini, KPKT memaklumkan ia akan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara sedia ada berdasarkan rangkuman intisari Membangun Malaysia Madani, antaranya dengan melihat beberapa contoh dasar perumahan negara lain, termasuk Singapura, terutama dalam perumahan awam dan mampu milik.

Ujarnya, ia bagi membolehkan usaha itu diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

Muhammad Faiz berkata, lebih pelik, pengumuman itu tidak mendapat reaksi daripada pemimpin UMNO, seolah-olah menunjukkan parti Melayu itu ‘tunduk’ kepada DAP selepas bergabung di bawah kerajaan sama.

“Ke mana perginya suara UMNO? Apakah sejak bersekedudukan luar tabi'i dengan DAP, UMNO mandul dan tunduk kepada DAP? Mana suara ketua sayap UMNO?

“Mana hilangnya Naib Presiden UMNO? Mana Timbalan Presiden UMNO yang memimpin Kementerian Pertahanan? Presiden UMNO itu, kita fahamlah dia takkan bersuara kerana dia pasti akan taat kepada cikgunya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bimbang ada ‘grand design’ politik yang besar di sebalik usaha itu, malah seperti diketahui, DAP sudah lama membawa masuk model HDB Singapura serta Pihak Berkuasa Perumahan dan Jabatan Perumahan (HKHA) Hong Kong di Pulau Pinang.

“Lihatlah apa jadi kepada Pulau Pinang dan pemilikan hartanah di sana. Agenda halus yang disusun menyebabkan ramai hanya mampu melihat sahaja rumah atau projek pembangunan, khususnya di kawasan pulau, sedangkan orang lain membelinya.

“Sekilas ikan di air, kita sudah boleh tahu jantan betinanya apa agenda sebenar kerajaan dikuasai DAP ini,” katanya. - Getaran. 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Takde Siapa Pertikai Serban Dr MAZA, Orang Bising Kenapa Guna Senapang’ - Netizen

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

3

Semasa 6 bulan yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

4

Semasa 10 bulan yang lalu

KPKT Pulihkan 118 Projek Perumahan Swasta Sakit

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Sukan 15 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Semasa 1 hari yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry