web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Rakan Kerana Hutang, Buruh Digantung Sampai Mati

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 4:23PM

Tertuduh (berbaju hitam) dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh rakannya, empat tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang buruh warga Filipina dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh rakannya, empat tahun lalu.

Hakim Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Robin Radjani Saih, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika keputusan itu dibacakan, Robin yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri.

Terdahulu, Lim dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pembunuhan yang melangkaui keraguan munasabah.

"Menurut pendakwa, tertuduh menggunakan baju sebanyak dua lapis ketika cuaca panas, dengan hanya bersandarkan satu tujuan iaitu untuk menyorokkan parang di dalam baju bagi membunuh mangsa,” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Robin didakwa membunuh Fazrin Ibrahim yang ketika kejadian berusia 30 tahun di simpang masuk Taman Warisan, Lahad Datu, pada 24 April 2018, antara jam 1.20 petang hingga 1.40 petang.

Sehubungan itu, Robin didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

Pihak pendakwaan memanggil seramai sembilan saksi termasuk saksi utama seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan kekal akibat diserang tertuduh.

Saksi kanak-kanak itu kehilangan tiga jari pada tangan kiri selepas terkena libasan parang ketika cuba menyelamatkan diri dengan berlindung di sebalik beg sekolah.

Manakala, pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki maut dalam keadaan leher hampir putus akibat ditetak rakannya menggunakan parang barong di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

Turut cedera ialah adik ipar mangsa yang terputus jari akibat terkena libasan parang.

Ketika kejadian, mangsa sedang memandu sebuah kenderaan dengan adik iparnya tertidur di tempat duduk penumpang hadapan.

Suspek yang berada di tempat duduk belakang kenderaan dikatakan secara tiba-tiba bertindak mengelar leher mangsa beberapa kali dari arah belakang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hutang suspek sebanyak RM300 yang dipinjam daripada mangsa. – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad