web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCMC Sekat 1.8 Bilion Panggilan 'Scam' Sejak 2017 Hingga 2022 - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 2:48PM

Fahmi Fadzil menasihatkan masyarakat yang menjadi mangsa penipuan supaya menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk membuat laporan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat 1.8 bilion panggilan scam dari 2017 hingga 2022, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata perkara itu diketahui hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.

Beliau berkata sejak 2018 pula sebanyak 300 juta scam menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang namun kes penipuan itu masih berlaku.

“Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, tolong berhati-hati dalam suasana perayaan ini (kerana) sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan masyarakat yang menjadi mangsa penipuan supaya menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk membuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.

Fahmi berkata terdapat pelbagai jenis penipuan ketika ini dan ia bukan mudah untuk ditangani kerana apabila sesuatu modus operandi dapat dikesan, akan muncul jenis penipuan baharu.

“Jadi sempena musim perayaan ini, kita lihat ‘scam’ seperti ‘scam pencuci’ atau ‘cleaner scam’ yang banyak dibuat melalui Facebook sebagai contoh, kita kena berhati-hati.

“Jadi sekiranya anda mendapat apa-apa tawaran sama ada kerja ataupun perkhidmatan, tolong buat pengesahan sebelum kita terpedaya oleh ‘scammer-scammer’ ini. Jika ia nampak terlalu bagus, kemungkinan satu penipuan dan buat laporan polis serta call 997 supaya kita boleh bantu,” katanya.

Berkenaan penipuan menerusi aplikasi Telegram, Fahmi berkata antara masalah yang dihadapi dengan aplikasi itu ialah ia merupakan encrypted system.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan cuba menghubungi pihak Telegram supaya beberapa perkara dapat diatur bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Lebih daripada itu, peringatan kepada semua, sekiranya anda mendapat mesej daripada orang yang seperti kawan kita tetapi cara dia bercakap dengan kita itu lain daripada biasa, sila berhati-hati dan kalau dapat panggilan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bukit Aman (polis) atau mahkamah, dia tidak berurusan melalui telefon tetapi hantar surat minta kita datang ke pejabat.

“Jadi kita kena ada satu peningkatan kesedaran tentang cara-cara ‘scammer’ ini beroperasi dan masa yang sama kita lihat satu tindakan bersepadu antara KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar adalah perlu kerana kita dapati ada sejumlah panggilan ‘scam’ ini tak berlaku dalam negara kita tetapi merentasi sempadan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad