web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Misi Bantuan Ebit Liew Selaras Undang - Undang - TTS

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 5:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA – Ustaz Ebit Liew dan bantuan kemanusiaan diibaratkan seperti irama dan lagu, yang tidak boleh dipisahkan.

Ketika Malaysia masih terikat dengan kerenah birokrasi jika mahu mendapatkan bantuan pihak tertentu, pendakwah selebriti itu pantas menghulur tangan, berkejar menggerakkan jentera pasukannya setiap kali rayuan golongan memerlukan singgah di telinga.

Keprihatinan Ebit Liew dalam meladeni setiap permohonan tidak mengenal sempadan, kerana sesiapa sahaja akan dibantu tanpa mengira agama, keturunan atau kepercayaan.

Nama ustaz selebriti yang menjadi sanjungan ramai ini bagaimanapun ‘panas’ seketika apabila misi bantuannya di Sabah terpaksa dihentikan, kononnya atas arahan pihak tertentu.

Seperti biasa, netizen pantas menjatuh hukum dan mereka bangkit membela Ebit Liew, dengan mengecam ‘tangan ghaib’ itu yang didakwa tidak berperikemanusiaan kerana tergamak menghalang kerja kemanusiaan berkenaan.

Pendakwah yang juga ahli perniagaan itu dalam satu hantaran di Facebook berkata, misi membabitkan pulau di sekitar Semporna terpaksa dihentikan atau berdepan tindakan perundangan pihak berkuasa.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat membina sekolah.

“Saya diberitahu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tiga tahun jika mengingkari larangan ini,” katanya.

Susulan kejadian, Taman Taman Sabah (TTS) tampil menjernihkan keadaan, berpandukan kepada rang undang-undang Enakmen TTS.

TTS berkata, tindakan diambil dalam kes Ebit Liew adalah selaras dengan usaha perlindungan dan pemuliharaan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS).

"Seperti yang dimaklumkan 12 Januari lalu, seluruh kawasan TTS ditutup sementara kepada orang awam bermula 13 Januari 2021, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) oleh kerajaan pusat.

"Susulan PKP, rombongan Ustaz Ebit Lew turut dikategorikan sebagai orang awam yang tertakhluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, " kata jabatan itu menerusi kenyataan rasmi akaun Facebook Sabah Parks hari ini.

Membetulkan salah tanggapan masyarakat, TTS berkata, rombongan pendakwah itu bagaimanapun dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan selepas beroleh kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ingin ditegaskan tiada halangan untuk mana-mana misi bantuan dilakukan di situ.

"Bagaimanapun ia perlu dilakukan berpandukan kepada peraturan ditetapkan TTS, yang turut mencakupi pembinaan struktur bangunan di kawasan TMTS mengikut prosedur ditetapkan,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut jabatan berkenaan, kawasan sekitar taman itu juga kini berada di bawah fasa rekuperasi atau kerehatan daripada kunjungan pelancong dan pelawat.

"TTS menghargai dan menyokong sebarang usaha oleh pihak luar dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap komuniti yang mendiami kawasan sekitar  TMTS," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, program Ebit terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan memandangkan kawasan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada masa sama, beliau menafikan pihaknya pernah mengeluarkan arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan sukarelawan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Daerah Semporna Suhaili Ejip berkata, pembinaan bangunan kelas seperti diumumkan Ebit adalah bersifat kekal dan perlu melalui prosedur di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah), selain mengambil kira status pulau yang ada pemilik atau pewarisnya. – Getaran, 3 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelancong China Maut Ketika Menyelam Di Semporna

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad