web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntut 6 Perkara, Kerajaan Digesa Bertindak Segera

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 1:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dituntut melaksanakan enam perkara pada kadar segera, susulan pelbagai kemelut yang melatari negara ketika ini.

Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, kemelesetan ekonomi, peningkatan kadar pengangguran dan kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 adalah antara masalah serius yang perlu diberi perhatian segera.

“Walaupun proklamasi darurat sudah dilakukan, konflik berkenaan masih tidak dapat ditangani dengan baik.

“Natijahnya, rakyat semakin terbeban dengan keadaan yang semakin menekan,” kata gerakan itu di sini hari ini.

Menurut sekretariat berkenaan, kerajaan perlu memberi jaminan terhadap kemandirian ekonomi rakyat, justeru terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan pada kadar segera.

“Skim jaminan kerja, lanjutan tempoh morotarium secara automatik, bantuan tunai dan penyelarasan gaji minimum harus dilaksanakan pada kadar segera.

“Pembukaan parlimen juga harus disegerakan, bagi membolehkan perancangan serta perbelanjaan kerajaan dapat diteliti oleh setiap Ahli Parlimen,” katanya.

Sekretariat berkenaan turut mendesak proklamasi darurat selepas ia terbukti tidak berkesan dalam menangani penularan COVID-19.

“Selain itu, kami mendesak agar kerajaan melaksanakan Undi18 iaitu penurunan had umur mengundi selewat-lewatnya bulan Julai 2021,” katanya lagi.

Kata sekretarian berkenaan, penerimaan vaksin juga perlu dipercepatkan untuk semua guru dan petugas sekolah, biarpun telah disenaraikan sebagai penerima golongan awal.

“Proses vaksinasi terlalu lambat sehingga munculnya kluster jangkitan COVID-29 di institusi- institusi pendidikan.

“Kerajaan juga perlu segera menyediakan gajet dan bahan bantu belajar kepada pelajar serta insentif bantuan kepada guru untuk menyediakan bahan mengajar dalam talian,” katanya lagi.

Selain itu, kerajaan juga dituntut melaksanakan undang-undang yang tidak bersikap pilih kasih.

“Kami juga menuntut supaya hak Sabah dan Sarawak dikembalikan agar jurang ekonomi, pendidikan dan infrastruktur asas dapat dirapatkan dengan Semenanjung Malaysia.

“Sekretariat bersedia menggembleng tenaga anak muda di seluruh negara bagi menyokong dan memperjuang semua tuntutan ini,” katanya. – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: Tiada Mekanisme Pengawasan Sebabkan Proses Timbang Tara Disalah Guna - Azalina

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad