web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesiapsiagaan Armada TLDM Berada Pada Tahap Terbaik - PTL

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 8:04AM

Fadhil Abdul Rahman (dua, kiri) memeriksa perbarisan yang terdiri daripada enam pegawai dan 136 anggota lain-lain pangkat sempena Hari TLDM ke-87 Peringkat Markas Tentera Laut di KD Sri Gombak, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi jaminan bahawa kesiapsiagaan armada TLDM sentiasa berada pada tahap terbaik sebagai sebuah kuasa maritim negara.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata dalam usaha untuk ke arah itu, TLDM perlu dilengkapi dengan keupayaan angkatan yang kredibel.

Beliau berkata ia bukanlah perkara yang mudah untuk dicapai kerana sebahagian besar daripada kapal TLDM kini telah berusia lebih 30 tahun.

“Ini merupakan satu daripada cabaran yang perlu diberi perhatian serius,” katanya dalam teks ucapan Panglima TLDM yang dibacakan oleh Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan Laksamana Pertama Fadhil Abdul Rahman di KD Sri Gombak, di sini, sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-87 yang disambut semalam, di seluruh negara.

Dalam pada itu, Mohd Reza berkata dalam tempoh COVID-19 melanda negara, penggunaan aset-aset TLDM turut meningkat melalui penglibatan TLDM dalam Operasi Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.

“Adalah wajar untuk TLDM bertindak dengan lebih bijak dan kreatif dalam menentukan kesiagaan aset sentiasa pada tahap terbaik walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran itu (wabak COVID-19),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

4

Semasa 3 tahun yang lalu

BHIC Peroleh 2 Kontrak Berkaitan Kapal Selam TLDM Bernilai RM140 Juta

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran