web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status Sabah, Sarawak Sebagai Wilayah Belum Diwartakan - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 11:15AM

Abang Johari Tun Openg - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Status Sarawak dan Sabah sebagai wilayah dalam Malaysia masih belum diwartakan, dan isu berkenaan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Persekutuan serta Sarawak yang dijadualkan pada 19 Jan ini,

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perubahan status kedua-dua negeri itu sebagai wilayah itu buat masa ini adalah pada peringkat cadangan sahaja.

“(Status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah) belum lagi diwartakan. Pewartaan sebagai wilayah itu hanya cadangan sahaja, dan dari mula lagi memang kita (Sabah dan Sarawak) sepatutnya (berstatus) wilayah tapi keadaannya berubah dalam 60 tahun, jadi sebab itu kita meminda Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Program Hari Bebas Kereta Kuching di sini hari ini beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan diminta untuk memuktamadkan sama ada kedua-dua negeri Borneo itu akan diwartakan sebagai wilayah dalam mesyuarat itu yang turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

Anwar dijangka mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak pada 18 dan 19 Jan ini, lawatan pertama beliau ke negeri ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas. 

Jumaat lepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung parti itu berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah, bagaimanapun beliau tidak menyatakan sejak bila status berkenaan berkuat kuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad