web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Peniaga Dikompaun RM50,000

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 5:04PM

Mohd Azizi Mohd Noor, 42, bersama isteri, Nik Norwati Nik Loh, 38, di kedai miliknya di Kampung Chekok Tengah, di sini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Belum reda isu peniaga burger dikompaun RM50,000 atas kesalahan meniaga lebih masa, kini seorang lagi peniaga colek turut berdepan tindakan yang sama.

Peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Noor, 42, yang berniaga di dalam garaj di hadapan rumahnya di Kampung Chekok Tengah, di sini, berkata, dia terkedu sebaik menerima kompaun RM50,000 yang dikeluarkan polis pada jam 11.30 malam kelmarin.

Menurut Mohd Azizi, dia didatangi pasukan penguatkuasa ketika sedang menutup lampu garaj, manakala isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38,  sedang menggoreng keropok untuk dimakan lima anak dan tiga anak saudaranya.

“Polis yang datang itu meminta kad pengenalan, sebelum mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 atas kesalahan beroperasi lebih masa.

“Saya dan isteri terkejut memikirkan jumlah sebanyak itu dan kami tidak dapat tidur kerana tidak mampu membayarnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Chekok Tengah, di sini.

Mohd Azizi berkata, mereka sekeluarga hanya menyara hidup dengan membuka kedai makan secara kecil-kecilan pada hari biasa, dan menjual colek pada Ramadan, yang menghasilkan kira-kira RM100 sehari.

“Hasil jualan ini, saya perlu menyara lima anak dan tiga anak saudara serta kakak ipar yang sakit dan juga ibu tunggal. Macam mana saya nak bayar kompaun yang tinggi itu?,” keluhnya.

Menurut beliau, mereka sekeluarga juga hanya menetap di rumah sewa pada harga RM400 sebulan dan lebih rela menghuni tirai besi berbanding membayar kompaun pada jumlah sebanyak itu.

Mohd Azizi yang berniaga sejak empat tahun lalu berkata, dia sudah membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah hari ini untuk mengurangkan jumlah kompaun dan berharap pihak berkenaan akan menimbangkan permohonan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan tiga peniaga yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

Katanya, mereka akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan yang ada di bawahnya. - Getaran, 27 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar