web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buruh Dera 2 Anak Dipenjara 22 Tahun

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 4:21PM

Nasir Basir memaklumkan mahkamah bahawa dia berbuat demikian kerana berada dalam keadaan tertekan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang buruh ladang sawit warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 22 tahun, bermula hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mendera dua anaknya di Mahkamah Sesyen, di sini.

Tertuduh Nasir Basir, 26, didakwa mendera dua anaknya, seorang perempuan dan lelaki, masing-masing berusia 5 serta 6 tahun di sebuah rumah pekerja Ladang Giram Divisyen Ulu Balung, Jalan Tawau-Kunak pada jam 3 petang 13 Mac lalu.

Tindakan itu menyebabkan tertuduh telah mendedahkan kedua-dua mangsa kepada perilaku yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan gangguan emosi.

Susulan kejadian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan mahkamah bahawa dia berbuat demikian kerana berada dalam keadaan tertekan dan mahu isterinya pulang ke rumah mereka.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun bagi setiap pertuduhan, yang dijalankan secara berasingan bermula hari ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya P. Kershanathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Getaran melaporkan dua kanak-kanak iaitu pasangan adik beradik mengalami detik cemas apabila dipijak beberapa kali dan diugut dengan senjata tajam.

Kejadian itu dirakam tertuduh menggunakan telefon bimbit, masing-masing dalam bentuk video berdurasi 26 dan 16 saat sebelum ia tular pada 14 April lalu.

Orang ramai yang melihat video tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan tertuduh di Semporna. - Getaran, 27 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad