web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kompaun Tular Di Media Sosial, Peniaga Burger Terima Bantuan Ramai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 3:41PM

Wan Mohd Faisal Wan Kadir didenda kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih had masa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Peniaga burger dan isterinya tidak menyangka kisah mereka dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih had masa semalam, mendapat perhatian ramai yang tampil mahu membantu.

Isteri peniaga burger berkenaan, Norlaili Shafien, 37, berkata, sejak kisah suaminya, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, tular, ramai pihak prihatin dan mahu menghulurkan bantuan.

Katanya, dia dan suaminya menerima panggilan tanpa henti daripada pelbagai pihak yang mahu menghulurkan sumbangan wang tunai.

"Alhamdulillah saya tidak sangka ramai yang prihatin dengan masalah menimpa kami. Ramai yang menghubungi untuk membantu, namun setakat ini kami membuat keputusan untuk tidak menerima sebarang bantuan kewangan memandangkan kompaun dikenakan ini masih belum diputuskan jumlahnya.

"Namun, sudah ramai dalam kalangan pelanggan burger kami yang sudah memasukkan wang kerana mereka adalah pelanggan tetap dan sering membuat pembelian menggunakan transaksi dalam talian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dia dan suami yang mengusahakan perniagaan burger sejak 16 tahun lalu bersyukur kerana kisah mereka tular, menyebabkan ramai pihak ingin membantu termasuk mahu menyediakan khidmat peguam. 

Katanya, dia dan suami sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah hari ini untuk membuat rayuan bagi mendapatkan pengurangan jumlah kompaun.

"Ketika kami membuat rayuan, pegawai di Pejabat Kesihatan memaklumkan rayuan kami akan dihantar kepada Jabatan Peguam

Negara dan sehingga kini saya tidak tahu berapa jumlah kompaun yang perlu dibayar.

"Kami berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan sanggup menghubungi kami sehingga lewat malam," katanya.

Menurutnya, pendapatan mereka yang hanya bergantung harap dengan menjual burger menjadikan mereka tidak mampu menjelaskan kompaun berkenaan, walaupun menerima potongan harga 50 peratus.

Norlaili berkata, mereka sebelum ini berniaga dengan menumpang di sebuah kedai makan di Tanjung Chat, namun terpaksa menutup gerai dan berpindah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya mengakui kesalahan berniaga lebih masa, namun saya juga mahu menjelaskan bahawa ketika kejadian tiada pelanggan dan kami tidak membuka meja sepanjang PKP. 

"Kami hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pelanggan. Kami berharap jumlah kompaun itu dapat dikurangkan," katanya.

Media semalam melaporkan, seorang  peniaga burger terkejut selepas dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis akan meneliti semula kompaun itu dan akan memanggil peniaga terbabit, termasuk dua lagi yang turut dikenakan kompaun yang sama.

Katanya, mereka akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapam Nilai Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan yang ada di bawahnya.

"Sepanjang tempoh PKP, polis meningkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh daerah. Bagi tempoh 16 April sehingga semalam, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan.

"Hasil rungutan dan aduan orang ramai mengenai pematuhan SOP, polis mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis di sekitar Pengkalan Chepa," katanya. – Getaran, 27 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad