web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiga Warga Asing Cabul, Samun Warga Emas Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 3:29PM

Bahan bukti yang dirampas dalam kes cabul melibatkan seorang warga emas di Taman Skudai, petang semalam. - Gambar oleh Polis Daerah Iskandar Puteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga warga asing ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian cabul di Taman Skudai di sini, petang semalam.

Mereka yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam, hasil siasatan dan risikan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi semalam itu, suri rumah berkenaan yang berusia 65 tahun sedang tidur di rumahnya, sebelum terjaga selepas mendengar tingkap biliknya dibuka. 

Katanya, selepas terjaga, mangsa mendapati seorang lelaki warga asing yang berkulit gelap berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi. 

"Lelaki itu tidak memakai baju dan hanya berseluar dalam. Suspek mengarahkan mangsa supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana hendak merogolnya. 

"Mangsa yang dalam ketakutan hanya menurut apa yang disuruh dan suspek cuba merogol mangsa namun tidak berjaya," katanya. 

Beliau berkata, suspek juga memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 lalu beredar.

Menurut Dzulkhairi, hasil siasatan awal dan berpandukan maklumat serta risikan yang dibuat, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun dan dua lelaki warga Myanmar masing-masing 21 serta 26 tahun berjaya ditahan.

"Kita turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun, antaranya sebatang besi pengumpil, sehelai 'boxer' berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit," katanya. 

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – Getaran, 27 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar