web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasib Golongan Miskin Tegar Terus Jadi Keutamaan Kerajaan Perpaduan - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 4:38PM

Anwar Ibrahim berkata pendekatan berkonsepkan ‘Rahmah’ juga akan terus ditekankan dalam semua program kerajaan di bawah pentadbirannya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebajikan golongan miskin terutama miskin tegar akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata pendekatan berkonsepkan ‘Rahmah’ juga akan terus ditekankan dalam semua program kerajaan di bawah pentadbirannya.

“Soal kebajikan kita panggil program Rahmah. Itu kita akan jadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin, terutama miskin tegar yang menjadi keutamaan kita dalam pentadbiran kerajaan sekarang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.

Sehubungan itu Anwar berkata beliau mahu memastikan tumpuan lebih diberikan terhadap projek pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir, berbanding projek-projek besar atau mega.

Anwar juga berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri di bawah pemerintahan blok pembangkang demi kesejahteraan rakyat.

Anwar turut mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan Kerajaan Persekutuan agar meningkatkan usaha dan tahu mengenai keutamaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, beliau berkata perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan dan ia merupakan urusan di peringkat kerajaan negeri

“Kalau idealnya semua sekali (PRN diadakan serentak di enam negeri). Tetapi ia bukan di bawah bidang kuasa saya,” kata beliau.

Menurut Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), urusan pembahagian kerusi dalam kalangan pakatan itu untuk PRN termasuk di Terengganu juga masih terlalu awal untuk diputuskan kerana pada masa ini beliau mahu menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran kerajaan.

Malah kata beliau, sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu pagi tadi juga tidak menyentuh mengenai PRN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad