web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing Langkah Bijak Percepat Kemasukan Pekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 7:33AM

Langkah itu akan mengurangkan masa menunggu pihak majikan, yang semakin tidak sabar dengan masa diambil setiap negara sumber untuk membawa masuk pekerja migran. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing diumumkan kerajaan kelmarin disifatkan sebagai satu langkah bijak dan positif ke arah mempercepat kemasukan pekerja asing ke Malaysia, khususnya untuk kuota-kuota yang telah diluluskan.

Setiausaha Agung Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair berkata, langkah berkenaan akan mengurangkan masa menunggu pihak majikan, yang dikatakan semakin tidak sabar dengan masa diambil oleh setiap negara sumber untuk membawa masuk pekerja migran.

Kuota dibenarkan dari Kementerian Sumber Manusia (KSM) dipercayai melebihi 400,000 ribu tetapi yang tiba ke negara dianggarkan hanya 40 peratus daripada jumlah tersebut, sejak kelulusan mula diberikan Jun lalu. 

“PAPSMA juga menerima konsep peralihan proses kelulusan dari KSM ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pelbagai agensi kawal selia bagi kelulusan.

“Bagaimanapun, kami mengharapkan kedua-dua kementerian ini sanggup bekerjasama bagi memastikan kelancaran kemasukan pekerja asing dalam masa singkat, tanpa kerumitan pada proses dan protokol,” katanya. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, majikan akan dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Permohonan majikan terbabit katanya, boleh diluluskan dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata, Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat 31 Disember lalu juga akan diteruskan selama setahun, berkuatkuasa serta-merta.

Dalam pada itu, Sukumaran menambah, PAPSMA juga menyeru agar proses baharu, protokol aliran kerja dan dokumenatsi digital diberi keutamaan. 

Menurut beliau, langkah ini supaya permohonan baharu daripada majikan tidak terbantut, selain mempertingkatkan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada kadar segera.

“Agensi pekerjaan yang berlesen di Malaysia harus diberi peluang dan mandat untuk memainkan peranan mereka, agar segala kesulitan dalam proses permohonan sehingga kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat diselenggarakan dengan mudah, selain mengurangkan secara drastik kos pengambilan pekerja asing ke Malaysia mengikut kehendak perlembagaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya.

Jelasnya, PAPSMA memohon agar kesemua 1,200 agensi pekerjaan berlesen diberikan kebenaran untuk membantu majikan tempatan dalam proses kalibrasi semula pekerja asing di negara ini, dalam masa yang singkat. 

“(Ini termasuk) memberi peluang kepada majikan untuk memulih ekonomi dan pendapatan perniagaan mereka dengan pantas dan mudah, sekali gus mengelakkan syarikat masing-masing gulung tikar akibat kerugian susulan kekurangan tenaga kerja yang begitu lama,” katanya. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan