web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LGBT, Sekular, Komunis Tidak Mungkin Diiktiraf Dalam Kerajaan Perpaduan - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 9:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan.

Bercakap dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi, Anwar berkata perkara itu hanya dibangkitkan oleh pihak tertentu yang cuba menyebarkan perkara tidak benar.

“Kadang orang politik ini dia kata umpama kalau Anwar jadi perdana menteri maka habis Islam dan sekular akan bertapak, LGBT disahkan, orang komunis bertapak.

“Ini igauan siang hari. Tentunya tidak berlaku dan insya-Allah di bawah kuasa pentadbiran saya perkara ini tidak mungkin berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang menjalankan pemerintahan berbentuk diktator.

Menjawab dakwaan bahawa perjanjian persefahaman kerja sama antara Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan diadakan kerana pentadbirannya tidak kukuh, Anwar berkata ia dilakukan kerana majoriti yang diperoleh pada waktu itu terlalu kecil.

Bagaimanapun bagi membuktikan sokongan, Anwar berkata beliau sendiri membawa Usul Undi Percaya pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang lepas, selepas dicabar oleh pembangkang yang mempersoalkan keabsahannya.

“Usul (Undi) Percaya ini dicabar oleh pihak pembangkang. Dia kata Anwar tidak ada dokongan, buktikan dan dalam sistem demokrasi, cara yang terbaik membuktikan kekuatan adalah undi percaya atau undi tidak percaya yang mana itu tidak diusulkan.

“Maka saya kemukakan ini dan Alhamdulillah kita dapat dokongan kuat. Jadi soal kata saya diktator itu di mana? Apakah saya melanggar hukum?,” katanya.

Pada hari pertama persidangan itu, keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dibuktikan apabila Usul Undi Percaya yang dibawa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, diluluskan dengan undian suara, yang berkesudahan lebih suara bersetuju.

Ditanya mengenai tindakan saman yang diambilnya terhadap beberapa individu, Anwar berkata perkara itu dilakukan kerana tuduhan yang dikeluarkan mereka menyentuh kewibawaan beliau sebagai pemimpin.

“Ribuan tuduhan dibuat, fitnah dilemparkan dan puluhan tahun ini saya dah terima, tetapi kalau saya rasa agak terlanjur, melebih dan melibatkan soal kewibawaan dan kredibiliti saya sebagai pemimpin, maka harus diajar bahawa kebebasan ini bukan kebebasan untuk fitnah.

“Apatah lagi kalau kita pakai payung agama, kemudian kita fitnah, kita buat qazaf, saya minta tok guru mereka, ustaz mereka ajar mereka dahulu sebelum ajar orang-orang lain,” katanya.

Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, Anwar telah menyaman beberapa individu termasuk Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana mendakwa pemimpin itu memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadapnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad