web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AADK Digesa Capai 75 Peratus Pemulihan Penagih - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 6:31PM

Sasaran baharu itu realistik susulan kejayaan agensi itu mencapai sehingga 70 peratus bagi program pemulihan tersebut tahun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk mencapai sasaran 75 peratus bagi program rawatan dan pemulihan penagih tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, sasaran baharu itu realistik susulan kejayaan agensi itu mencapai sehingga 70 peratus bagi program pemulihan tersebut tahun lalu.

“Pada tahun lalu, setiap 100 penagih dikesan di bawah program pemulihan, mereka yang meninggalkan amalan (menghisap dadah) itu mencapai 70 peratus.

“AADK telah pun melepasi benchmark antarabangsa iaitu di antara 35 peratus hingga 50 peratus. 

“Jadi, pada tahun ini, saya menggesa AADK meletak sasaran lebih tinggi iaitu 75 peratus dan ia realistik berdasarkan program dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat di Ibu Pejabat AADK, di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, seramai 44,754 sedang melakukan rawatan pemulihan dan pemantauan di 109 Pejabat AADK daerah di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, kira-kira 12,212 individu telah mencapai tahap pemulihan menerusi penilaian kaedah Cure and Care Recovery Index (CCRI) yang ditetapkan.

“AADK juga berjaya mengekalkan pencapaian bagi petunjuk prestasi utama (KPI) dengan menghijaukan 39 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) pada 2022. 

“Melihat kepada momentum kejayaan ini bermula sejak 2021, AADK meletak harapan lebih tinggi untuk menghijaukan 78 KBT lagi pada tahun 2023. 

“Ini kerana, AADK mengesan sebanyak 155 KBT di seluruh negara yang perlu dihijaukan bagi tempoh 2021 hingga 2025," katanya. 

Ditanya berkenaan infrastruktur Pusat Pengagihan Narkotik (PUSPEN) yang semakin usang, Saifuddin mengakui kekurangan peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan menyebabkan kesukaran untuk ia dibaik pulih. 

Sehubungan itu, beliau menggesa agar AADK menggunakan peruntukan sedia ada sebaiknya dengan memberi keutamaan untuk membangunkan keperluan yang diperlukan oleh agensi berkenaan. 

“Saya sebagai Menteri memberi perhatian keupayaan logistik PUSPEN, mereka mendapat peruntukan besar walau tak sepenuhnya, iaitu dalam lingkungan RM50 juta hingga RM70 juta walaupun keperluan AADK memerlukan RM100 juta.

“Dengan perbelanjaan pembangunan yang kurang, Saya gesa AADK beri keutamaan mana yang diperlukan, namun ada juga PUSPEN seperti di Kulim ditutup untuk dibangunkan," katanya. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad