web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Peserta Demonstrasi Dibebas Dengan Jaminan Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 6:41PM

Tujuh peserta demonstasi dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Semua tujuh peserta demonstrasi jalanan di Kampung Muhibbah Raya dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, semua individu berusia 27 hingga 31 tahun itu dibebaskan sekitar jam 3 petang tadi dengan ditemani peguam mereka.

“Setakat ini masih kekal dengan tiga kesalahan dan pendakwaan akan dibuat sebaik sahaja siasatan lengkap diperoleh,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Peter turut menafikan dakwaan segelintir pihak di media sosial yang mendakwa individu terbabit dibebaskan sepenuhnya.

“Saya perhatikan banyak maklumat tidak tepat mengenai kes ini yang ditularkan dalam media sosial.

“Saya tidak mahu orang ramai beranggapan apa yang mereka lakukan (demonstrasi) adalah betul dan perkara itu boleh dilakukan pada masa akan datang,” katanya.

Tegasnya, perbuatan itu adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan perundangan.

Peter turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang kurang tepat bagi mengelakkan berlakunya salah faham kepada pihak lain.

Getaran sebelum ini melaporkan, tujuh peserta demonstrasi jalanan berdepan kompaun RM10,000 selepas didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021, kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan berhimpun tanpa permit. - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad