web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Cadang Hentikan Penerbangan Dari India

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 3:57PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menghentikan penerbangan dari India bagi mengelak penularan varian mutasi berganda COVID-19 di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Ini suatu keputusan dasar yang amat penting dan kita mahu kerajaan ambil tindakan segera," katanya pada sidang media mingguan berhubung situasi COVID-19 di KKM di sini hari ini.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan New Delhi, India dikenakan perintah berkurung apabila merekodkan purata kes baharu COVID-19 sebanyak 200,000 sehari dipercayai berpunca daripada mutasi berganda virus itu.

Dr Adham berkata KKM juga akan mencadangkan agar tempoh kuarantin bagi pengembara yang baru tiba dari negara yang melaporkan penularan virus COVID-19 Varian Yang Membimbangkan (VOC) jenis baharu perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari berbanding 10 hari.

“Mereka wajib menjalani kuarantin di tempat yang digazetkan sahaja. Cadangan ini susulan kebimbangan sekiranya gejala daripada mutan ini muncul pada hari ke-10 atau ke-11,” katanya bahawa penambahan tempoh kuarantin itu adalah bagi mengelak penularan kes baharu berpunca daripada VOC.

"Kita ada dua opsyen, pengembara yang menaiki penerbangan terus dari negara VOC wajib menjalani kuarantin selama 14 hari, manakala bagi pengembara yang transit, tempoh kuarantin dikira pada hari mereka tiba di negara ini,” katanya. 

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga jenis varian yang membimbangkan iaitu B.1.351 yang mula dilaporkan di Afrika Selatan, B.1.1.7 dari United Kingdom; dan B.1.1.28 atau P1 dari Brazil dan Jepun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad