web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buruh Dipenjara, Denda RM8,000 Kerana Hina Sultan Di Facebook

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 2:58PM

Yusaini Razab @ Che Soh (tengah) memuat naik hantaran jelek mengenai Agong di Facebook, tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Seorang buruh dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Temerloh di sini selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran jelek mengenai Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, tahun lepas.

Hakim Manira Mohd Nor juga memerintahkan Yusaini Razab @ Che Soh, 42, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Yusaini dituduh membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelek dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook menggunakan nama profil 'Al Naml' yang menyentuh Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong yang telah dibaca pada 9 malam, 7 Mac 2020 di sebuah rumah di Taman Permatang Shahbandar di Maran.

Pada penghakimannya, Manira berkata hukuman itu mengambil kira rayuan tertuduh dan kesalahan tertuduh adalah serius dan melibatkan penghinaan kepada institusi kesultanan dan ia diharapkan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat secara amnya.

“Kamu kena lebih berhati-hati selepas ini semasa memuat naik apa-apa kandungan di media sosial. Penghinaan kepada institusi Diraja adalah sesuatu yang perlu dikekang dan mahkamah perlu memberi pengajaran,” kata hakim.

Yusaini didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Tertuduh ditangkap pada 17 Jun 2020 selepas polis menerima laporan daripada orang awam membawa kepada rampasan sebuah telefon pintar yang dipercayai digunakan tertuduh bagi memuat naik hantaran tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali memohon hukuman sewajarnya kerana tindakan tertuduh memuat naik komen jelek terhadap institusi Diraja mengganggu keharmonian rakyat dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Yusaini yang tidak diwakili peguam pula merayu hukuman denda terhadapnya diringankan memandangkan pendapatan bulanannya hanya sekitar RM1,500 dan menyara ibu yang tua selain telah insaf atas kesalahannya itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 23 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar