web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Hargai Komitmen Media Indonesia Memelihara Hubungan Dua Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 11:35AM

Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemberitaan seimbang dengan fakta jelas mampu mendidik masyarakat serta menangkis kandungan berita atau laporan palsu yang banyak dimuat naik di media sosial - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Menteri Luar Malaysia menghargai komitmen media Indonesia yang menyediakan laporan tepat dan objektif mengenai hal ehwal membabitkan dua negara serumpun.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemberitaan seimbang dengan fakta jelas mampu mendidik masyarakat serta menangkis kandungan berita atau laporan palsu yang banyak dimuat naik di media sosial.

Dalam sesi bersama media, beliau turut bersetuju dengan pimpinan editorial yang berusaha memencilkan isu kurang produktif termasuk perselisihan mengenai kebudayaan di UNESCO.

Sesi yang dianjur Kedutaan Besar Malaysia baru-baru ini diadakan sempena lawatan rasminya ke Indonesia diringi Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Kementerian Luar Roseli Abdul.

Zambry turut mencadangkan dimensi baharu hubungan dua negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat akrab dengan Presiden Joko Widodo diberi perhatian.

“Kedua-dua pemimpin ini mampu menjadi ‘the new force’ dalam organisasi ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama dan melindungi kestabilan serta kemakmuran rantau Asia Tenggara,” kata beliau.

Media Indonesia pula menzahirkan ucapan tahniah kepada Zambry atas pelantikan beliau sebagai Menteri Luar dan berharap hubungan baik dua negara akan terus diperkukuh.

Zambry diundang untuk hadir memeriahkan Hari PERS Nasional atau Hari Wartawan Indonesia yang akan berlangsung di Medan, Sumatera Utara pada Februari ini.

Selain perbincangan mengenai isu tenaga kerja Indonesia di Malaysia dan lawatan perdana menteri, media Indonesia menggesa kerajaan kedua-dua negara segera memerangi berita palsu di media sosial.

Pertemuan itu dihadiri ketua Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia Asro Kamal Rokan dan ketua Persatuan Wartawan Indonesia Atal S. Depari.

Turut hadir setiausaha agung ISWAMI Indonesia N. Syamsuddin Ch. Haesy serta wakil daripada  Harian Kompas, MetroTV, Republika, Tempo, The Jakarta Post, dan tvOne. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Laos Sempena Kepengerusian ASEAN 2024 - Zambry

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Menteri Luar Kecam Tindakan Jocelyn Chia, ‘Langsung Tiada Sensitiviti’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Tiba Di Labuan Bajo, Indonesia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad