web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Luar Kecam Tindakan Jocelyn Chia, ‘Langsung Tiada Sensitiviti’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 7:00AM

Jocelyn Chia - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Dauk Seri Dr Zambry Abd Kadir kesal dan mengecam tindakan pelawak wanita, Jocelyn Chia melalui rakaman klip video persembahannya yang secara jelas memperlekeh Malaysia, selain mempersenda tragedi pernah melanda negara.

Beliau berkata, tindakan itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa.

“(Klip) Video ini juga jelas menggambarkan perilaku sangat bertentangan dengan nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Zambry berkata, beliau percaya ia bukan pendirian atau tindakan yang diterima negara mana pun, apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.

“Saya berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini, dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Jocelyn Chia menerusi persembahan komedi berdiri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, memperlekehkan Malaysia.

Menerusi klip video dikongsikan di Tik Tok dan tular di media sosial itu, dia menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Dia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negara lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, persembahannya juga mengandungi kata-kata dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Ia termasuk jenaka keterlaluan beliau menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Justeru, tindakan terbabit mengundang kemarahan dan menerima kecaman teruk daripada rakyat Malaysia, termasuk netizen, pemimpin politik serta pelawak Malaysia kerana dianggap keterlaluan.

Malah, Naib Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Koo Shiaw Lee menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan ke atas pelawak solo itu, ekoran tindakan menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara ini .

Ujarnya, jenaka tidak sensitif seperti itu akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.

“Tidak bermakna Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia, pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Saya menyeru pihak PDRM dan JIM, menjalankan siasatan terhadap Jocelyn Chia ekoran tindakannya, kalau boleh sekat pasport dia daripada memasuki Malaysia,” kata Shiaw Lee.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon pula menyifatkan tindakan pelawak itu sebagai pemikiran kelas ketiga.

“Sebagai warganagara Malaysia dan bermastautin di Johor, jiran kepada Singapura, saya kecewa kerana di sebagai sebuah negara majmuk yang memegang status negara maju, masih ada pemikiran kelas ketiga seperti itu.

“Saya sedih sebab dia menggunakan peristiwa MH370 sebagai bahan lawak yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi BH.

Pelawak tempatan, Harith Iskander percaya setiap individu yang membuat persembahan jenaka, termasuk menerusi komedi berdiri, seharusnya mengambil berat mengenai sentimen sensitif dan mengamalkan empati.

Menurutnya, dia menghormati kebebasan seseorang pelawak memberikan ekspresi dalam melakukan kerja jenaka, tetapi dalam masa sama, perlu sensitif dan peka terhadap sesuatu perkara, terutama mengenai topik peribadi serta traumatik.

Kehilangan MH370, katanya, adalah peristiwa traumatik untuk rakyat Malaysia.

“Sebagai pelawak, saya hormat kebebasan ekspresi diperlukan pelawak, tetapi ia sama penting kita kena peka, ada sensitiviti dan empati apabila membuat lawak mengenai bahan tertentu, terutamanya mengenai topik sangat peribadi atau tragis.

“Komedi adalah alat berkuasa untuk ulasan sosial, tetapi ia juga harus digunakan secara bertanggungjawab. Pelawak sebagai artis perlu menyedari impak kata-kata boleh menjadi pengaruh kepada orang lain,” katanya. – Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM Ingatkan Supaya Tidak Letak Harapan Tinggi Dalam Pencarian MH370

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PUSPAL Tidak Terima Permohonan Penganjuran Program 'Apology Tour' Libatkan Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad