web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PUSPAL Tidak Terima Permohonan Penganjuran Program 'Apology Tour' Libatkan Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Jocelyn Chia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) tidak ada menerima dan meluluskan permohonan bagi penganjuran persembahan ‘Apology Tour’ melibatkan pelawak kontroversi Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr di sini pada Ogos.

Unit di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu memaklumkan penafian dibuat susulan  hantaran Mayr di laman Instagram yang memaklumkan akan mementaskan Apology Tour Live House Kuala Lumpur bersama Chia di TREC pada 28 Ogos.

“Dimaklumkan bahawa mana-mana kemasukan bagi artis luar negara atau penggambaran filem asing di Malaysia, permohonan perlu dikemukakan kepada PUSPAL bagi tujuan penilaian sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.

“Sebarang hebahan dan promosi serta jualan tiket tidak boleh dilakukan sebelum memperoleh kebenaran penganjuran program daripada pihak berkuasa termasuklah surat kelulusan daripada PUSPAL,” menurut kenyataan berkenaan.

PUSPAL memaklumkan, maklumat lanjut berkaitan garis panduan persembahan artis luar negara boleh didapati dengan melayari laman web www.kkd.gov.my atau menghubungi PUSPAL di talian 03-89115355/5384 atau e-mel [email protected].

Chia baru-baru ini mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana memperlekehkan Malaysia dan menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan di Amerika Syarikat.

 Mayr pula mengeruhkan keadaan apabila menyokong Jocelyn dan menghina netizen Malaysia di media sosialnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Johor Terima 2 Laporan Berkaitan Jocelyn Chia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Konteks Penting Hilang: Jocelyn Pertahan Komedi MH370

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Mohon Interpol Dapatkan Identiti Penuh, Lokasi Jocelyn Chia - KPN

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad