web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Sedia Bantu Laos Sempena Kepengerusian ASEAN 2024 - Zambry

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 5:15PM

Dr Zambry Abdul Kadir bersama Saleumxay Kommasith - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VIENTIANE - Malaysia sedia membantu Laos dalam persediaan negara itu mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun depan.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu dinyatakannya kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith dalam mesyuarat bilateral yang diadakan di Kementerian Luar Laos hari ini.

"Malaysia dan Laos berkongsi banyak kepentingan bersama, terutamanya dalam konteks kerjasama ASEAN. 

"Kami juga berpeluang mengadakan perbincangan yang menyentuh isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama antaranya perihal ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga dan pendidikan," katanya kepada media Malaysia, di sini hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu diadakan menjelang lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Laos bermula hari ini.

Zambry berkata dalam pertemuan tersebut beliau turut menyatakan komitmen Kementerian Luar untuk bekerjasama dengan rakan sejawatnya itu bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala kedua-dua negara.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kommasith atas layanan baik dan kemudahan yang diberikan kepada delegasi Malaysia sempena lawatan itu.

Perdana Menteri dijangka tiba di ibu negara Laos petang ini bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam lawatan pertama beliau ke negara ini, Anwar antara lain akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin utama Laos antaranya Presiden Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Dr Sonexay Siphandone. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

5 Terperangkap Dalam Gua Di Laos Ditemukan Selamat, Bersemangat Tinggi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad