web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Terperangkap Dalam Gua Di Laos Ditemukan Selamat, Bersemangat Tinggi

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2026 10:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu yang terperangkap di dalam sebuah gua yang dilanda banjir di Laos selama kira-kira seminggu ditemukan selamat, sihat dan bersemangat tinggi, walaupun pasukan penyelamat memaklumkan operasi membawa mereka keluar masih sukar dan berbahaya.

Seorang daripada penyelam berpangkalan di Thailand yang terlibat dalam misi itu, Mikko Paasi berkata kelima-lima mangsa ditemukan di ruang hujung gua berkenaan selepas usaha pencarian intensif selama beberapa hari oleh pasukan penyelamat.

Menerusi hantaran di Facebook, Paasi menyifatkan operasi itu sebagai "bukan sesuatu yang mudah" dan memuji semua pasukan yang terlibat dalam misi menyelamat berkenaan.

"Selepas seminggu bekerja keras sebagai satu pasukan, kami akhirnya menemukan lima daripada tujuh pelombong yang dilaporkan hilang selepas terperangkap di dalam lombong yang dinaiki air di Laos.

"Bagi saya dan @benzscout (Norrased Palasing), kami perlu menyelam semula ke dalam untuk membawa lebih banyak bekalan kepada pelombong terbabit bagi memulihkan tenaga mereka sebagai persiapan untuk dibawa keluar," tulis penyelam warga Finland itu.

Paasi, yang merupakan antara penyelamat yang pernah terlibat dalam misi menyelamat dramatik 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka dari sebuah gua yang dinaiki air di utara Thailand pada 2018, menambah bahawa operasi membawa keluar mangsa masih belum selesai dan "tidak akan menjadi mudah".

Berkongsi rasa leganya selepas penemuan itu, Paasi menulis: "Mereka yang mengatakan ia tidak boleh dilakukan, tidak sepatutnya mengganggu orang yang sedang melaksanakannya."

Turut disertakan dalam hantaran itu ialah sebuah video yang menunjukkan kelima-lima mangsa ditanya nama serta keadaan mereka, dengan sebahagian besarnya menjawab bahawa mereka berada dalam keadaan baik tetapi lapar.

Terdahulu, ketua pasukan penyelamat Thailand Kengkard Bongkawong berkata: "Setakat 4.30 petang (0930 GMT), kami telah menemukan lima orang. Kami akan meneruskan pencarian untuk mengesan dua lagi mangsa," lapor Reuters.

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan penyelamat Thailand, Chakrakrit Taengtung, turut memuat naik sebuah video di Facebook yang memaparkan Norrased dan Paasi bersama kelima-lima mangsa sedang bersorak sambil mengangkat tangan mereka.

Menurut laporan media, tujuh penduduk kampung warga Laos dilaporkan memasuki gua berkenaan di tengah Wilayah Xaysomboun dan terperangkap pada 20 Mei lepas selepas paras air mula meningkat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Laos Bentang Permaidani Merah Sambut Lawatan Sulung Anwar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Adakan Pertemuan Dengan Beberapa Pemimpin Pertubuhan Islam Laos

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Tiba Di Vientiane Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Laos Sempena Kepengerusian ASEAN 2024 - Zambry

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad