web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Adakan Pertemuan Dengan Beberapa Pemimpin Pertubuhan Islam Laos

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim (tengah) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VIENTIANE - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan agenda lawatan rasmi dua hari beliau ke Laos semalam dengan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin pertubuhan Islam di negara ini.

Anwar yang tiba di ibu negara Laos petang semalam, bertemu dengan penasihat eksekutif Persatuan Mempromosikan Perpaduan Zakkir Malimar serta naib presiden Pertubuhan Islam Laos Imam Sofi Sengsone dan naib presiden pertubuhan itu Med Komphavong, di sebuah hotel di sini.

Turut hadir pembantu naib presiden pertubuhan itu Azizullah Khan Thamahaksa.

Sesi yang bermula pukul 8.10 malam itu berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan perbincangan berkisar kepada isu-isu Ummah.

Zakkir ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup itu berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Lao, pendidikan untuk kanak-kanak Islam Laos, pertukaran ilmu dan budaya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi datang ke Laos. Kami amat berbangga dengan kesudian seorang pemimpin peringkat tinggi untuk berjumpa dengan kami.

“Alhamdulillah, ini adalah kali pertama kami menerima maklum balas positif daripada mana-mana negara Islam. Kami amat berbangga dengan kehadiran Perdana Menteri (Malaysia) di sini,” katanya kepada media Malaysia.

Sementara itu Azizullah berkata Anwar sangat berminat dan positif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masyarakat dan organisasi Islam di Laos.

“Beliau bertanya kepada kami mengenai keadaan kami di sini. Beliau juga bertanya sekiranya terdapat terjemahan al-Quran di sini, dan dia berhasrat untuk membantu walaupun sebelum kami meminta sebarang bantuan,” katanya.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

Anwar sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos mulai semalam, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara anggota ASEAN itu selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad