web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di Labuan Bajo, Indonesia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 6:04PM

Anwar Ibrahim (dua, kiri) tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, kepulauan Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN BAJO (Indonesia) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, kepulauan Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur.

Pesawat yang membawa perdana menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo pada pukul 3.45 petang (waktu sama dengan Malaysia), dan ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi.

Turut hadir menyambut ketibaan perdana menteri di lapangan terbang ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.

“Ini merupakan kehadiran kali pertama Datuk Seri Anwar selaku Perdana Menteri ke mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin-pemimpin negara ASEAN,” kata Zambry kepada media Malaysia.

“Kita menjangkakan kehadiran perdana menteri akan menjadi perhatian memandangkan peranan beliau dan Malaysia sebagai satu daripada anggota awal yang menubuhkan ASEAN,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mempunyai jadual padat semasa di sini termasuk beberapa perbincangan dua hala, dan lapan mesyuarat Sidang Kemuncak, dalam tempoh masa tiga hari persidangan di Ayana Komodo Waecicu Beach Hotel.

Menurut Zambry, Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Beliau juga dijadual mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dijangka menghasilkan beberapa dokumen seperti Pernyataan Pemimpin-pemimpin Asean berhubung pengukuhan institusi ASEAN dan Visi ASEAN pasca 2025.

Lain-lain termasuk berkaitan menangani pemerdagangan manusia, perlindungan pekerja migran serta keluarga mereka semasa krisis, kesihatan, ekosistem kenderaan elektrik, dan pembangunan rangkaian kerja ASEAN.

Ini selaras dengan tema pengerusi blok serantau 2023 Indonesia,  “Asean Matters: Epicentre of Growth.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad