web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pemancing Maut Dipanah Petir

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 4:31PM

Muhamad Farhan (kiri) dan Muhammad Fitri Fahmy maut selepas dipanah petir di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Temerloh, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH -  Dua pemancing maut dipercayai dipanah petir ketika berada di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, dekat Lanchang, petang semalam. 

Ketika kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakan mereka sedang berlindung di sekitar kawasan kolam pancing itu berikutan hujan lebat yang turut disusuli petir. 

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang, melalui laporan dibuat penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Lanchang di Balai Polis Lanchang. 

"Berdasarkan maklumat, mangsa bersama tiga lagi rakan berusia antara 22 hingga 47 tahun pergi ke situ (kolam pancing) kira-kira jam 12 tengah hari dan hujan bersama petir dikatakan bermula sekitar jam 3 petang (semalam). 

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20 tahun dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim berusia 27 tahun, kedua-duanya berasal dari Lanchang, Temerloh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Mohd Yusri berkata, kedua-dua mangsa dikatakan berteduh di bawah pokok berhampiran kolam ketika hujan lebat berserta petir, manakala seorang lagi rakan mereka pulang ke rumah untuk mengambil telefon bimbit. 

“Dua lagi pemancing ternampak kedua-dua mangsa sudah terbaring berhampiran pokok berkenaan, ketika sedang berkemas untuk pulang.

“Mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk pemeriksaan lanjut namun disahkan sudah meninggal dunia, dan dihantar ke

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk bedah siasat," katanya. – Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad