web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waspada Iklan Tawar Lesen Memandu Tanpa Perlu Ke Kelas, Ujian Memandu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 2:05PM

JPJ telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil ‘China doll’ bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang diuarkan-uarkan secara terbuka di platform berkenaan - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil ‘China doll’ bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang diuarkan-uarkan secara terbuka di platform berkenaan.

“Sindiket ini mengaut keuntungan dengan memperdaya mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan duit yang dibayar kepada mereka.

“Niat tawaran iklan ini adalah tidak baik kerana mengelirukan rakyat bahawa boleh dapat lesen tanpa perlu hadir ke sekolah memandu. JPJ menafikan sekeras-kerasnya perkara ini,” katanya pada sidang media Operasi Sepadu Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Gombak di sini awal pagi tadi.

Beliau berkata JPJ akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan sindiket itu melalui pautan yang dikongsikan.

“Sindiket berkenaan telah menyedari bahawa mereka dipantau pihak berkuasa maka mereka (sindiket) yang terlibat sering menukarkan pautan setiap empat hingga enam bulan. 

“Kami akan berusaha mendapatkan individu yang bertanggungjawab menipu pengguna media sosial dengan taktik ini dan tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKD,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai operasi sepadu itu, Zailani berkata sebanyak 3,481 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan dalam operasi bermula dari 9 malam hingga 12 tengah malam yang dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Menurutnya, JPJ mengeluarkan lebih 30 peratus saman daripada 12,234 jumlah kenderaan diperiksa dalam operasi itu yang memfokuskan kepada pemeriksaan lesen memandu, cukai jalan, insurans kenderaan dan kenderaan klon.

"Selain itu, kami turut menyita 69 kenderaan terdiri daripada 56 motosikal, 12 kereta dan satu kenderaan lain di seluruh negara setakat 12 tengah malam tadi," katanya dan menambah lebih 200 anggota pelbagai agensi penguat kuasa terlibat antaranya PDRM, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad