web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Hadir Munajat Tahun Baharu, Sampaikan Amanat Di Masjid Putra Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 6:20PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri program Munajat Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya esok.

Pada program itu, Perdana Menteri akan menyampaikan Amanah Khas Tahun Baharu 2023 pada jam 8 malam yang disiarkan secara langsung.

“Insya-Allah, esok saya akan bersama dalam program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya.

“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk ikut serta dalam majlis ini yang bermula pada jam 6.30 petang,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai ke program itu.

“JAKIM turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat dan mendoakan kesejahteraan serta keselamatan negara dan seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan bahawa Sambutan Ambang Tahun Baharu yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok dibatalkan.

Beliau berkata, pembatalan itu susulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

“Oleh kerana beberapa negeri banjir dan mengambil kira kesusahan rakyat, maka sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Dengan keputusan itu, ia mengulangi keputusan kerajaan terdahulu yang turut tidak mengadakan sambutan tahun baharu 2022 kerana mengelak risiko penularan COVID-19. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini