web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKPD: Tiada isu penduduk dipinggir terima bantuan bakul makanan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 7:54AM

8,572 bakul makanan telah diagihkan kepada lokaliti terbabit dengan PKPD, membabitkan 7,372 ketua isi rumah sejak 1 April. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sentiasa memantau kawasan yang terjejas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 20 lokaliti dalam daerah itu dan menyalurkan bantuan.

Presiden MPT Arnold Joibi berkata oleh itu, tidak ada isu penduduk terjejas PKPD yang dipinggirkan daripada menerima bantuan bakul makanan.

"Sejumlah 8,572 bakul makanan telah diagihkan kepada lokaliti terjejas membabitkan sejumlah 7,372 ketua isi rumah sejak 1 April.

"Ini termasuk 540 bakul makanan yang diedarkan di lokaliti Kampung Muhibbah Raya (Jalan Morell) di mana enam individu ditahan kerana cuba mengadakan demonstrasi dengan mendakwa saudara mara mereka di sana tidak menerima bantuan itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, keenam-enam individu ditahan kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi yang diadakan bagi membantah PKPD di Kampung Muhibbah Raya dengan mendakwa penduduk di kawasan itu tidak menerima pertolongan dan bantuan yang secukupnya manakala seorang lagi bertindak menyerah diri di balai polis berhampiran berhubung insiden tersebut.

Arnold berkata memandangkan PKPD dilanjutkan di Kampung Muhibbah Raya hingga 8 Mei depan, bakul makanan tambahan akan dibekalkan ke lokaliti itu bermula esok (26 April).

"Bantuan itu juga akan merangkumi Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan, yang turut menyaksikan PKPD bagi kedua-dua lokaliti dilanjutkan hingga 9 Mei," katanya. 

Beliau berkata tindakan MPT itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat kerana Tawau secara konsisten telah merekodkan jumlah tertinggi kes baharu COVID-19.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa PKPD di enam zon di Tawau berakhir hari ini seperti dijadualkan. 

Enam zon terbabit ialah Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Jalan Mesra, Taman Golden Hill dan Taman Sri Bukit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Akaun BERSATU Dibeku: ‘Itu Hanya Alasan Mahu Tekan, Burukkan Parti’ - Rosol

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Penangguhan PRN Johor Hanya Boleh Dilakukan Jika Darurat Diisytihar

3

Semasa 4 tahun yang lalu

PM Beri Jaminan Tidak Tutup Sempadan Negeri, Daerah Untuk Balik Raya

4

Semasa 4 tahun yang lalu

SJR PKPD Gempar, Iswara Rempuh Khemah Petugas

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar