web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abaikan Dr M, Laksanakan Sebanyak Mungkin Reformasi Institusi - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7:06AM

Lim Kit Siang - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mengabaikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan menghayati pengajaran paling penting dari 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Anwar perlu melaksanakan sebanyak mungkin 'reformasi' institusi kerana kerajaan yang ada hari ini tidak semestinya akan bertahan selama lima tahun.

"Beliau patut melaksanakan janji-janji yang telah dibuatnya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di Pertuan Agong pada 24 November, yang mana beliau mengatakan tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan tadbir urus yang baik, usaha membanteras rasuah, kebebasan badan kehakiman, dan kebajikan rakyat Malaysia.

"Anwar perlu sentiasa sedar terdapat kuasa-kuasa politik yang sedang cuba untuk menamatkan riwayat kerajaannya seawal mungkin," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak yakin Anwar selaku Perdana Menteri berupaya memimpin Malaysia untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri menambah, Anwar telah melakukan perkara yang tepat apabila beliau menguji kepercayaan ahli-ahli Parlimen terhadapnya sebagai Perdana Menteri dalam persidangan dua hari di Dewan Rakyat minggu lepas.

Jelasnya, Anwar sepatutnya menjadikan sidang Dewan Rakyat pada Februari tahun depan sebagai sidang terpenting dan bersejarah dengan melaksanakan beberapa reformasi institusi.

Menurutnya, reformasi itu merangkumi langkah memulakan proses menghentikan kemerosotan negara dalam enam dekad lepas untuk mengembalikan tempat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia.

"Dr Mahathir telah terlepas peluang untuk berbuat demikian dan Anwar tidak boleh mengulangi kesilapan sebegini.

Walaupun kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir sebelum ini ditumbangkan secara tidak sah melalui konspirasi Langkah Sheraton, ujarnya, mantan Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri tidak boleh 'mencuci tangan' daripada bertanggungjawab terhadap konspirasi tersebut.

"Anwar patut menimbangkan bagaimana sidang Parlimen pada Februari 2023 ini dapat dijadikan sebagai suatu sidang yang paling bersejarah negara," katanya. - Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad