web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Pengedaran Syabu, Ganja Tumpas, Dadah Lebih RM4.5 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 3:37PM

Datuk Razarudin Husain (kiri) menunjukkan syabu dan ganja bernilai lebih RM4.5 juta yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan merampas syabu dan ganja bernilai lebih RM4.5 juta, dalam serbuan berasingan di Tanah Merah dan Kota Bharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, serbuan di Tanah Merah semalam berjaya menghasilkan rampasan 100 kilogram syabu bernilai RM3.6 juta.

Menurut beliau, serbuan pada jam 9.30 pagi itu yang turut disertai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 hingga 39 tahun.

“Serbuan dilakukan berdasarkan risikan yang dibuat sebelum itu, dan polis berjaya menjumpai seratus bungkusan disyaki mengandungi dadah jenis syabu, disorok di bawah lantai kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

“Dalam serbuan ini, kita turut menyita dua kereta dan tiga motosikal bernilai RM53,000,” katanya dalam sidang media di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, syabu yang dirampas itu adalah untuk pasaran Kuala Lumpur, dengan kegunaan lebih 500,000 pelanggan.

Sementara itu, dalam satu serbuan di sebuah rumah dan berhampiran hotel di Kota Bharu pada jam 8 malam Selasa lalu, polis merampas 393 kilogram (kg) ganja bernilai RM982,000.

Katanya, serbuan itu turut menahan dua lelaki dan dua wanita, berusia antara 31 hingga 50 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.

“Ganja yang dirampas ini adalah untuk dihantar ke Johor Bahru, bagi  pasaran Indonesia, membabitkan 786,000 individu.

“Sindiket ini menggunakan lori muatan perabot bagi menyorok bekalan dadah dan kedua-dua mereka bergiat aktif sejak tahun lalu dengan mendapat bekalan dari negara jiran,” katanya.

Razarudin berkata, mereka turut menggunakan khidmat orang tengah dengan memberikan upah yang amat lumayan.

Turut disita ialah sebuah lori, kereta jenis Honda Civic dan barang kemas berjumlah RM175,373.

Katanya, polis masih memburu saki baki sindiket yang masih bebas.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari,” katanya. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad