web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sedih Rumah Dan Barangan Rosak, Mangsa Banjir Rayu Tindakan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 9:13PM

Zauyah Deraman, 36, (kiri) yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal dan ibunya, Fatimah Yusof, 74, berehat seketika selepas membersihkan rumah mereka yang ditenggelami banjir baru-baru ini di Kampung Ana di Tumpat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Tiada apa yang diharap oleh Zauyah Deraman, 36, melainkan tindakan sewajarnya daripada kerajaan untuk segera mengatasi masalah banjir yang saban tahun melanda negeri di pantai timur terutamanya Kelantan.

Dia yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, berkata tidak sanggup lagi melihat rumah dan barangan peribadinya rosak sehingga perlu dibuang setiap kali banjir melanda.

“Orang yang tak pernah kena banjir tak tahu perasaan kami yang setiap tahun jadi mangsa. Sedih apabila lihat banyak barang rosak dan setiap tahun nak kena beli barang baharu,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Ana, di sini hari ini.

Zauyah yang tinggal berdua bersama ibunya, Fatimah Yusof, 74, berkata banjir kali ini adalah paling teruk pernah dialami apabila paras air di dalam rumah mencecah hingga 0.7 meter.

Menurutnya air mula melimpah masuk ke pekarangan rumahnya pada petang Isnin lepas (19 Disember) dan naik mendadak menjelang malam menyebabkan dia segera meminta bantuan daripada rakannya untuk mengalihkan perabot ke tempat yang dirasakan selamat.

“Kami ingat sudah letak di tempat selamat, rupa-rupanya banjir kali ini lebih tinggi daripada yang berlaku bulan Mac lepas,” katanya.

Situasi tersebut memaksa dia dan ibunya berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat selama enam hari dan hanya pulang ke rumah dua hari lepas.

“Terkejut juga lihat keadaan dalam rumah yang agak huru-hara dengan perabot masih ditenggelami air. Selain itu, dinding rumah turut rosak dan lantai pula reput akibat terlalu lama terendam dalam air, tambah menyedihkan apabila melihat mesin basuh serta peti ais juga rosak,” katanya. 

Menurut Zauyah dengan keadaan dirinya yang cacat kedua-dua tangan dan kaki serta ibu yang uzur, memang mustahil untuk mereka mencuci pakaian dengan tangan.

Sehubungan itu, anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang mesin basuh baharu kepadanya.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur apabila ada pihak yang prihatin tampil membantu membersihkan rumahnya semalam.

“Jika tiada yang membantu bersihkan rumah memang kami terpaksa tidur dalam selut,” katanya sambil menjelaskan adik-beradiknya yang lain tinggal di luar Kelantan dan ada yang turut terjejas banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan