Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Enggan Bertandang Ke Vietnam Sia-Sia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 10:16AM

Faisal berkata keputusan positif berdepan Vietnam akan mencerahkan peluang Malaysia layak ke peringkat separuh akhir. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ketika berdepan Vietnam pada aksi tumpuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Hanoi, Selasa depan.

Pemain sayap negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata keputusan positif berdepan skuad ‘Golden Star Warriors’ pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu akan mencerahkan peluang Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul keseluruhan enam mata setakat ini.

Katanya, beliau dan rakan sepasukan akan bekerja keras bagi memburu keputusan yang diinginkan kerana kekalahan bukan pilihan skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke Hanoi.

“Sudah tentu kita belum berada dalam zon selesa dan perlu bekerja keras, tetapi apa yang penting kita pergi ke Vietnam bukan untuk kalah. Kita pergi ke sana untuk cari mata yang kita rasakan mampu kita dapat, kalau seri pun dah bersyukur dan kita akan berjuang pada aksi terakhir.

“Kita ada enam mata dan enam jaringan tanpa bolos, saya harap kami dapat pertahankan kelebihan pasukan sekarang. Jika kita dapat buat sesuatu di Vietnam sudah tentu kita ada peluang untuk ke pusingan seterusnya,” katanya selepas perlawanan kedua Kumpulan B antara Malaysia dengan Laos, semalam.

Pada aksi di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, Malaysia menumpaskan Laos 5-0 dengan Mohamad Faisal yang baru diumumkan menyertai pasukan Selangor FC, meledak dua gol menerusi tandukan pada babak kedua sekali gus mengumpul keseluruhan tiga gol.

Mohamad Faisal dan penyerang Filipina Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan.

Sementara itu, ketua pasukan negara Muhammad Safawi Rasid yang cemerlang membuat dua bantuan gol semalam, berkata Malaysia sudah bersedia menghadapi cabaran Vietnam yang menghuni ranking ke-96 dunia.

Meskipun ranking Vietnam lebih tinggi berbanding Malaysia di kedudukan ke-145, Muhammad Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak melihat situasi itu sebagai penghalang untuk pasukan negara mencipta kejutan.

“Dari segi fizikal dan mental kami bersedia sebab kita pergi ke Vietnam, ia akan jadi satu perlawanan yang sukar, jadi kita akan bagi segalanya ... sudah tentu kita nak tiga mata untuk layak ke separuh akhir,” katanya yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.

Selepas dua perlawanan, Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan kelebihan tiga mata di depan Vietnam (kedua) dan Singapura (ketiga) yang baru beraksi sekali dan dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

2

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

3

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Sukan 3 hari yang lalu

Legenda Double Treble Bantu KDA FC Hadapi Saingan Musim 2024

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 18 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 9 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja