web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemudahan Infrastruktur Perlu Disediakan Untuk Penjaja Dan Peniaga Kecil Di Kota

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 9:59AM

Kemudahan di kota mesti diselitkan dengan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil agar dapat berniaga dengan selesa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya di kawasan bandar perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada penjaja dan peniaga kecil agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemudahan itu perlu disediakan memandangkan kumpulan berkenaan juga turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara menerusi perniagaan yang dijalankan.

“Di kota seperti Kuala Lumpur bukan saja seharusnya ada kemudahan bagi syarikat dan industri besar, namun perlu menyertakan kemudahan bagi memacu ekonomi penjaja dan peniaga kecil yang diwakili golongan berpendapatan rendah.

Kemudahan di kota mesti diselitkan dengan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil agar dapat berniaga dengan selesa, ada kemudahan asas yang cukup,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2022 (HPPK2022) di sini semalam.

Perdana Menteri berkata perkara itu merupakan antara intipati perbincangan semasa mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuala Lumpur, pagi semalam.

“Pagi tadi saya di DBKL... antara matlamat utama saya, kita harus adakan anjakan. Apa dia anjakan?  Keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur misalnya mesti disertakan dengan upaya (usaha) berlebihan (untuk) menyediakan tempat perniagaan bagi penjaja dan peniaga kecil seluruh Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata menerusi usaha itu yang bertujuan untuk merakyatkan ekonomi, ia juga dapat memberi peluang penyertaan kepada semua golongan termasuk penjaja dan peniaga kecil selain turut menyeru setiap kementerian di dalam Kerajaan Perpaduan bekerjasama untuk menjadikan pentadbiran yang diterajuinya benar-benar merakyatkan ekonomi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ekonomi negara bukan hanya dijana oleh syarikat besar sahaja tetapi turut melibatkan penyertaan peniaga kecil dan sederhana.

Perdana Menteri berkata kehadirannya yang julung kali menghadiri majlis berkenaan menggambarkan komitmen dan fokus utama kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi golongan berpendapatan rendah.

Anwar dalam pada itu mahu dana sedia ada dapat disalurkan kepada kumpulan sasar dan bagi merealiasasikan hasrat itu, pihak pengurusan institusi kewangan yang dipertanggungjawabkan bagi urusan pembiayaan perniagaan kecil dan sederhana, perlu memahami tujuan dan matlamat penubuhan institusi masing-masing.

“Malaysia mempunyai pelbagai agensi bantuan kewangan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Ia bermatlamat memberi ruang kemudahan dan keselesaan kepada rakyat (peniaga kecil dan sederhana),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar