web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serpihan Dipercayai Komponen Kapal Selam TNI Yang Hilang Rabu Lepas Ditemui

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 6:46PM

Bot patrol tentera Laut Indonesia, KRI Singa (651) berlepas dari pengkalan tentera laut di Banyuwangi, bagi menyambung operasi mencari KRI Nanggala (402) di perairan Bali. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Beberapa serpihan dan barangan dipercayai komponen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) yang hilang Rabu lepas serta kesan tumpahan minyak ditemukan di perairan Bali.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan menerusi youtube rasmi TNI (Puspen TNI) berkata dasar laut lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu pada kedalaman 850 meter.

Hadi Tjahjanto berkata kapal berkenaan yang diletakkan "submissed" sebelum ini atau terputus hubungan, kini diletakkan "menuju fasa tenggelam" (subsunk).

"Awal pagi tadi (jam 3 pagi) adalah batas akhir live support berupa ketersediaan oksigen di (kapal) Nanggala selama 72 jam, (oksigen kapal yang boleh bertahan selepas dilaporkan hilang dan dipercayai "blackout")," katanya.

Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 tahun yang lalu

Kehabisan Oksigen, Harapan Tipis Selamatkan Kru KRI Nanggala 402

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad