web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kehabisan Oksigen, Harapan Tipis Selamatkan Kru KRI Nanggala 402

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 11:16AM

Gambar yang bertarikh 21 April 2021 ini menunjukkan KRI Nanggala 402 berlabuh di pengkalan laut di Surabaya, Indonesia. - Gambar AFP/Tentera Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALI - Harapan untuk menyelamatkan 53 kru kapal selam KRI Nanggala 402 pada Sabtu semakin tipis apabila kapal selam itu dipercayai sudah kehabisan oksigen, sekali gus tumpuan kini dialihkan untuk membawa keluar kapal berkenaan dari perairan Bali.

Ketika beratus anggota tentera mengambil bahagian dalam gerakan mencari KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan kapal buatan Jerman itu dilengkapi dengan bekalan oksigen yang hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.

Kapal selam tersebut yang merupakan salah satu daripada lima kapal selam yang ada di Indonesia, hilang ketika menjalani latihan pada awal Rabu lepas.

Meskipun ramai yang berharap berlakunya keajaiban, namun tumpahan minyak yang dikesan di lokasi di mana kapal selam itu dipercayai tenggelam, menunjukkan ia mengalami kerosakan tangki bahan bakar.

Terdapat kebimbangan kapal selam itu pecah ketika tenggelam ke kedalaman  700 meter (2.300 kaki), iaitu melebihi tahap kedalaman pembinaan kapal itu sendiri.

Pihak berkuasa setakat ini tidak memberikan penjelasan bagaimana kapal selam itu boleh hilang secara tiba-tiba atau mengulas mengenai persoalan sama ada kapal selam yang berusia berpuluh tahun itu membawa muatan berlebihan.

Dalam pada itu, negara jiran, Singapura dan Malaysia selain Amerika Syarikat serta Australia merupakan antara yang membantu dalam operasi mencari dengan hampir 12 kapal perang dikerahkan di zon pencarian meliputi 10 batu nautika persegi.

Pada Khamis, tentera Indonesia memaklumkan ia menerima isyarat objek yang berada di kedalaman antara 50 dan 100 meter. Namun dengan jangkaan kapal selam itu akan kehabisan oksigen pada Sabtu, maka ia meranapkan impian untuk menemui kapal terbabit.

Kemalangan ini menambahkan jumlah kapal selam yang tenggelam di dunia.

Pada 2000, sebuah kapal selam Rusia telah hilang dan mengorbankan 118 kru kapal. Sebahagian besar kru mati serta-merta tetapi ada yang bertahan selama beberapa hari sebelum kelemasan.

Siasatan yang dijalankan mendapati salah satu peluru berpandu di dalamnya telah meletup.

Pada 2003, 70 kru kapal selam dari China terbunuh, kerana kelemasan ketika menjalani latihan.

Lima tahun kemudian, 20 orang maut selepas sistem pemadam api dalam kapal selam Rusia diaktifkan secara tidak sengaja hingga mengeluarkan gas beracun.

Pada 2018 pula, pihak berkuasa menemui bangkai kapal selam Argentina bersama rangka 44 kru, selepas hilang selama setahun. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran