web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Barangan Tersenarai Di Bawah SHMMP Sempena Krismas - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 12:58PM

Salahuddin Ayub - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 barangan tersenarai sebagai barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata skim kawalan berkenaan berkuat kuasa selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember.

Sebelas jenis barangan tersebut ialah ayam tua hidup (dikawal Sarawak sahaja), kepak ayam (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau dan kubis bulat import (China dan Indonesia).

Grafik daripada Facebook KPDN
Grafik daripada Facebook KPDN

Selain itu, lobak merah, ubi kentang import (China), babi hidup (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), perut babi dan daging serta lemak babi (dikawal di Sarawak, Sabah dan Labuan), katanya pada sidang media mengumumkan SHMMP Krismas 2022 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pada masa sama, Salahuddin berkata ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam.

Katanya, tempoh SHMMP kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga dengan pengguna dapat menikmati harga berpatutan sementara peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

Sementara itu, Salahuddin berkata lebih 2,000 Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi memantau barangan keperluan perayaan.

Grafik daripada Facebook KPDN
Grafik daripada Facebook KPDN

Strategi itu, katanya membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan langkah segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Pada masa sama, beliau berkata penguatkuasaan secara berhemah dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran supaya peniaga mematuhi undang-undang dan mengamalkan perniagaan beretika.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan tersebut. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” katanya.

Dalam pada itu, semakan harga SHMMP boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdnhep.gov.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad