web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Antara Dua Darjat, Kisah Sedih Golongan Marhaen

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:21AM

Anggota keselamatan dilihat melakukan pemeriksaan dokumen perjalanan rentas negeri di sekatan jalan raya di Plaza Tol Bandar Ainsdale pada 13 Mac. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika peradaban manusia masih dilingkari adat kuno dan konservatif, darjat adalah simbol kekuasaan serta kemuliaan.

Pipit takkan boleh bersama enggang melayah di bumi, marhaen jangan dilihat bergaul bersama ningrat dan bangsawan, kelak tercemar nama seluruh keturunan.

Pasca merdeka, apabila kemodenan mula mendasari kehidupan, kasta dan darjat semakin ditinggalkan, bahkan ada yang mula membuka ruang lingkup pergaulan dengan lebih meluas.

Tengku tidak lagi hanya berbicara dengan Raja, begitu juga Nik enggan dilihat cuma bergaul bersama Wan dan Syed pasangannya bukan sekadar Sharifah semata-mata.

Ketika negara semakin dipacu globalisasi, adalah amat menjengkelkan apabila ternyata amalan ‘antara dua darjat’ ini masih berleluasa, cuma kali ini ia bukan berkisar kepada hubungan cinta terlarang dua kasta semata-mata.

Mutakhir ini, layanan kelas tiga oleh pihak berkuasa terhadap rakyat bawahan dilihat terlalu jelas dan nyata, malah terang-terangan berlaku tanpa diselindung lagi.

Tatkala ramai dibelenggu kesedihan apabila hanya mampu memendam rindu pada keluarga yang jauh di mata, langkah panjang segelintir selebriti, individu kenamaan dan instafamous merentas negeri ke sana ke mari tak ubah seperti selumbar mencucuk mata, pedih serta menyakitkan.

Larangan rentas negeri itu ketika ini seolah-olah hanya terpakai ke atas marhaen yang tidak punya nama, jauh sekali kemewahan untuk dikongsi bersama keluarga.

Apa pentingnya pulang ke kampung halaman sekadar untuk menghadiahkan kereta baharu, berbanding permohonan menziarahi ahli keluarga yang tenat di katil hospital?

Apa rasionalnya bermain jet ski atas nama perniagaan, sedangkan ada yang bermandi tangisan apabila permohonan pulang ke kampung untuk menziarahi kematian ditolak mentah-mentah polis bertugas?

Sudah tular di media sosial, baru ketika itu langkah bersahut-sahutan dengan janji mahu mengambil tindakan, siasatan, kompaun dan sebagainya.

Benar ada sudah dikenakan tindakan, tetapi bagaimana dengan majoriti lain yang masih lepas bebas menikmati kehidupan tanpa gusar dengan hukuman?

Kebal benarkah mereka dari undang-undang hingga setiap kesalahan yang jelas dan nyata dilakukan, akhirnya senyap sendiri walaupun riuh diperkatakan di seluruh negara.

Ada pula mendakwa, isu berkenaan sengaja diperbesar-besarkan netizen semata-mata mahu menjatuh imej kerajaan yang pada dasarnya, berusaha sehabis baik mengepalai negara.

Oh jangan begitu.

Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang bukan? Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah?

Ketika seluruh negara hangat memperkatakan tuah seorang selebriti yang hingga saat ini, masih tidak dikenakan sebarang hukuman, pelbagai kisah sedih menimpa rakyat jelata giat dikongsikan di media sosial.

Masing-masing meluahkan betapa diri terasa dianiaya pihak berkuasa, apabila permohonan untuk merentas negeri ditolak mentah-mentah sedangkan alasan dikemukakan begitu kukuh dan konkrit.

Ada yang mahu pulang menziarahi bapa tenat di hospital, tetapi disuruh pulang atas alasan, ia bukan satu kecemasan.

Natijahnya? Pemohon hanya mampu meraung kesedihan apabila tidak sampai empat jam kemudian, satu-satunya bapa dimiliki menghembuskan nafas terakhir.

Tidak kurang yang pulang hanya sekadar menatap sekujur jasad tidak bernyawa, apabila permohonan untuk menziarahi kakak ketika nyawa masih bersisa, tidak diluluskan kerana Allahyarhamah bukan dirawat di hospital.

Ini bukan kisah dongeng atau sengaja diada-adakan semata-mata mahu berjoli merentas negeri kerana hakikatnya, tidak ada insan waras akal fikiran rela menggunakan alasan kematian ahli keluarga demi tujuan itu.

Semuanya adalah cerita duka golongan marhaen, yang berdepan birokrasi menebal pihak berkuasa, barangkali kerana mereka tidak punya nama terkenal untuk dibanggakan.

Sedih, cukup menyedihkan.

Antara dua darjat pasca moden bukan lagi berkisar percintaan terlarang Ungku Zaleha dan Ghazali, atau hikayat duka Amran si penarik beca bersama Azizah.

Kisah dua darjat versi Malaysia Baharu ini diperankan golongan marhaen yang hidup umpama timun dan pihak berkuasa atau atasan selaku durian.

Kisah timun dan durian ini seperti diketahui ramai, menggolek luka, digolek pun luka.

Apakah ia akan berakhir atau kekal sebagai satu lagi cerita sedih yang tumbuh atas kegagalan pihak pemerintah mentadbir suasana?

Bilakah yang sebenar-benarnya keadilan itu akan ditegakkan tanpa mengira darjat, nama atau kuasa? Benarkah ia akan berlaku juga akhirnya?

Atau mungkin juga, ia akan kekal sebagai satu retorik dan kesudahannya, rakyat sekadar bermimpi di siang hari. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar